Suami sgt alim. Xtinggal solat. Sisi gelap suami terbongkar bila terjmpa rambut palsu dlm almari rupa-rupanya dia..

Disclaimer : Foto sekadar hiasan.

Saya mulakan. Saya berusia 30 tahun. Berkahwin dengan bekas suami diusia yang sangat mentah iaitu 20 tahun. Bekas suami adalah senior saya di bangku sekolah. Bermula dengan status adik dan abang angkat, kami berkenalan lebih rapat.

Ramai juga sebenarnya yang membantah perhubungan kami khususnya rakan rakan dan guru guru kerana kata mereka, dia begitu begini. Mungkin ketika itu cuma saya yang menyokong dan memberi kekuatan kepadanya dan menepis andaian orang lain.

Perkenalan seusia 2 tahun hingga kami declare “in a relationship” membuai saya yang masih berstatus pelajar.

Semasa tahun pertama saya menuntut ilmu di sebuah universiti awam beliau melamar saya menjadi isterinya dan mungkin kerana ketika itu saya yang masih berjiwa muda dan kuat memberontak dalam keluarga saya menjadi terpesona.

Saya bersetuju. Itu adalah permulaan titik hitam hidup saya.

Kami sama sama berkahwin atas dasar “melarikan diri” dari keluarga masing masing, rimas dengan kongkongan kononnya.

Saya sanggup dinikahi atas satu impian besar bahawa beliau akan membahagiakan saya dan berharap keluarga kecil ini adalah segala galanya yang saya ada untuk membuat saya rasa indahnya mempunyai keluarga sendiri.

Kami tinggal dirumah keluarga nya. Saya sangat bahagia kerana aruwah bapa mertua saya dan ibu mertua saya ketika itu adalah sangat baik dan ibu mertua saya membuat saya rasa seperti anaknya sendiri.

Awal perkahwinan beliau selalu menceritakan kawannya menilai perkahwinan kami seperti kebodohan. Dan dia menafikannya. Kami sempat PJJ kerana saya berpraktikal ketika itu.

Sepulangnya saya, kami hidup dan tinggal seperti suami isteri biasa. Hingga suatu hari kami berpindah keluar dari rumah keluarga nya kerana sedikit isu. Kami akhirnya hidup berdikari sendiri. Disinilah saya dapat tau tentang sisi gelap seorang suami.

Beliau orangnya tidak tinggal solat, tidak tinggal puasa dan puasa sunat, tidak tinggal solat sunat seperti Dhuha dan lain lain. Orang orang sekeliling yang mengenalinya juga tidak akan percaya sisi gelapnya. Hanya saya si bekas isteri yang mengerti.

Beliau selalu menekan saya supaya bertudung namun bukan kerana Allah tetapi bertudung kerana status dia dan keluarganya. Beliau juga tidak pernah menyekat saya kemana mana kerana tidak mahu saya menyekatnya yang aktif berkawan dan bersukan.

Beliau seorang yang pemakan, ceria, mudah ketawa dan bergurau senda. Namun selepas berkahwin beliau berubah watak. Selepas hidup dirumah kami sendiri ini lebih jelas.

Beliau kelihatan muram selalu dan saya anggap kerana rindu keluarganya. Ketawanya seolah dipaksa, sukar bergurau dan tidak mesra. Makan pun semakin cerewet walaupun saya sangat berusaha memasak untuknya setiap kali berpeluang.

Handphone tidak lepas dari tangan dan sambil main game saya tau beliau bermeseg dengan seseorang yang sangat rapat dengannya (lelaki) dengan alasan dianggap seperti abang sendiri dan mengaku selalu sebantal sekatil kemana sahaja mereka pergi.

Kalau disaat itu saya masih buta, beliau gembira jika saya tidak pulang. Kerana bila saya tiada dirumah beliau membawa rakan rakan nya berkumpul,

Beliau tidak suka saya bermesra dengannya, tidak suka saya berpakaian s3ksi untuk menggodanya. Tidak suka lagi berbual, tidak suka dipeluk dan boleh kira berapa kali sahaja kami bersama.

(Maaf mungkin sensitif) dan sepanjang rumah tangga kami saya sangat menyalahkan diri saya kerana tidak mampu memberi zuriat untuknya. Saya selalu fikir itu mungkin akan merubah keadaan.

Kemuncak kisah ini adalah apabila saya mendapati beliau melayari laman laman popular untuk lelaki songsang seperti PLLU dan banyak lagi serta penemuan banyak selfie2 yang dihantar melalui meseg kepada orang lain dengan panggilan yang pelbagai.

Saya juga pernah meminta seseorang menghubungi nya dan menyamar. Ternyata dilayan seperti pro yang menanyakan berat tinggi dan sebagainya. Sayangnya bukti bukti ini tidak pernah dapat terkumpul. Hanya sebahagian dapat saya simpan.

Keretakan yang menanti belah ini saya sudahi dengan slow talk dan beri kata dua, (selepas macam macam usaha dilakukan dan tawakal kepada Allah)

Iaitu menanti saya cuti sem dan bercuti untuk ambil masa mengutuhkan lagi mahligai cinta kami atau melalui jalan sendiri kerana saya pasti ketika itu perjalanan hidup kami masih panjang untuk dilalui dengan derita.

Saya memberi tempoh beliau berfikir dan mengambil ruang untuk diri sendiri bertenang sepanjang minggu peperiksaan.

Hari pertama peperiksaan berlalu dan pada malam itu saya dapat tau dari keluarganya beliau sudah mengambil langkah pertama ke mahkamah untuk menyelesaikan segalanya setelah mendapat nasihat dari ‘abang’ dan rakan rakan nya.

Beliau nyatakan kekesalan berkahwin kerana menghabiskan duitnya dan mensia siakan zaman mudanya sedangkan perkahwinan ini atas cadangan nya yang kononnya Cuma ada saya.

Ketika itu dunia saya terasa hancur. Hampir saya berputus asa untuk peperiksaan seterusnya. Mujur iman masih didada kalau tidak sekarang mungkin saya sudah tidak ada.

Akhirnya selepas beberapa minggu, kami bercerrai dengan sah walaupun tempoh perkahwinan kami tidak pun sampai setahun.

Beliau sendiri pernah menyatakan pada keluarganya bahawa saya Cuma diberi tempoh setahun untuk mengubah diri saya mengikut acuan kehendaknya.

Beliau juga menghalau saya sehelai sepinggang ketika itu. Tanpa duit nafkah, tanpa dapat kemana mana kerana saya tidak tahu memandu ketika itu. Tiada duit simpanan sendiri, tanpa tempat tinggal idah, tanpa sesiapa kerana mengahwininya membuat saya dibuang keluarga.

Mujur saya selamat dikalangan insan insan yang baik dan menawarkan bantuan ketika itu.

Banyak yang saya dapat tahu selepas itu, rupanya keluarga beliau tahu kisah dirinya dan pernah menemui pakaian perempuan, rambut palsu di dalam almari nya.

Pernah terlihat dia melayari laman web songsang dll. Keluarganya menganggap perkahwinan kami ini mampu merubah nalurinya. Namun ternyata tidak.

Ketika saya tiada dirumah juga dia pernah post dialam group PLLU mencari teman berdekatan dan membawa teman itu kerumah. Saya pernah balik mengejut dan temannya itu kelam kabut. Saya sendiri dimarahi.

Seusai menghalau saya, saya dianggap dan digelar pengemis hanya kerana saya ambil barang barang yang merupakan hak saya di dalam rumah sewa kami.

Saya dilontarkan pelbagai hinaan walaupun saya meseg dengan cara baik dan beliau mulai play viictim dalam situasi ini dan menyebarkan fitnah tentang saya bersekedudukan di universiti kepada orang lain dan teman teman nya.

Ya, ketika itu saya yang papa kedana dianggap hina. Mengalami severe d3pression yang dia label giila. Terpaksa ke kaunseling untuk memulihkan semangat diri. Tapi saya percaya dunia itu berputar seperti roda.

Kini alhamdulilah saya berjaya menggulung ijazah, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya dan mempunyai pekerjaan yang baik.

Saya juga telah berkahwin lain dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya bahagia alhamdulilah, rumah tangga sentiasa ada pasang surutnya.

Tetapi lebih baik kita menerima seadanya orang yang sanggup berjuang utnutk mempertahankan kita dari menjatuhkan kita. Mana dapat mencari yang sempurna.

Aturan Allah itu juga sebaik baiknya. Jodoh, rezeki, anak, ajal dan maaut semua ditangan Nya. Pernah juga tinjau sosmed dia atas dasar mengetahui perkembangan dan bukan kerana kesalan. Beliau juga hampir berumah tangga.

Saya turut gembira dan berharap beliau sudah berubah demi kebaikan bakal isterinya. Saya tidak mahu ada hidup sesiapa rosak seperti saya dahulu.

Nasihat saya puan, beralih arahlah. Bukan saya tidak syorkan bertanya pendapat pejabat agama, tetapi puan sudah pun berusaha selayaknya. Seumur itu terlalu lama puan untuk kita bertahan dengan sesuatu yang menyakitkan.

Saya sudah merasai fasa yang puan nyatakan “pandang dirinya semasa tidur” saya mengerti betapa sakitnya mencintai orang yang tidak menghargai.

Hidayah memang milik Allah tapi jika dia masih berbuat demikian walaupun puan tahu, dia tidak kisah pun apa perasaan puan sebenarnya.

Syurga bukan percuma tetapi tidak berbaloi hari hari menahan sakit hati dalam diam. Ikhlas itu tidak mudah digapai dan jika ada terasa didalam hati percayalah kita juga menambah dosa dia dan kita. Fikirkan lah juga kesihatan diri puan kerana dia tidak menjaga pergaulan.

Saya sendiri pernah buat buat rapat dengan seorang teman dengan harapan dia cemburu, ambil berat namun sayang makin diabaikan.

Tentang beritahu keluarga carilah yang baik dan boleh dipercaya, sanggup meminjam telinga dan paling penting tidak menghasut.

Hargailah hidupmu sebelum orang lain. You deserve to be happy. Satu hari nanti akan ada yang mampu menghargai puan selayaknya. Best of luck Puan. Assalamualaikum.

Oleh, pengemis cinta yang Esa.

Antata reaksi warganet :

Mire Wahab : Kejamnya keluarga bekas suami puan sebab mempertaruhkan masa depan anak orang demi ‘membaiki’ masalah anak mereka. Walau mereka baik macam manapun dgn puan, tetap sy katakan mereka kejam sebab mereka tahu. Kalau mereka tak tahu tu lain cerita.

Tak terbayang perasaan sy kalau masa depan anak perempuan sy diperjudikan demi ‘membaiki’ masalah anak lelaki org lain.

Izzwans Datiad : Tak hairan jantan tak guna tu, yg hairan family tu. Dah tahu anak ada masalah nfsu sngsang, lagi suka anak kahwin utk tutup masalah anak tu. Dah berapa kali baca confession yg mak ayah mcm tu. Naya kat anak orang.

Faezah Saidin : Sedih kisah puan…yg paling sedih bila keluarga tahu anaknya begitu tp masih mengahwinkan anknya dan berharap si isteri dpt merubah anknya… Ade jenis keluarga ank nya dah buat dosa dan dah dpt bukti masih nk menangkan anknya…still ckp si menantu yg salah…

Sumber : iium confession

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment