Akak berpurdah dituduh mencuri, kami xpercaya. Bila buka beg pakaian dia, semua trbongkar Apabila aku lihat sendiri....

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua… Memandangkan sekarang banyak isu yang ‘hot and spicy’ sejak beberapa minggu ni, so aku nak share 1 pengalaman aku beberapa tahun yang lepas sekitar tahun 2015/ 2016 masa aku diploma dulu.

Dulu kalau baca dekat IIUM Confessions, aku mesti rasa macam hmm tokok tambah saja ni sebab pemalas or pengotor aku pun aku rasa dah tahap dewa tapi tak sangka ada orang lagi pengotor dari aku.

Pertama sekali aku nak terangkan tentang keadaan rumah ni, ada 3bilik tidur, bilik tidur utama untuk 4orang, bilik tidur kedua untuk 2orang & bilik tidur ketiga di bahagian dapur untuk 2orang.

So kalau ikutkan semester panjang semua penghuni akan balik ke rumah ni laa tapi disebabkan kejadian ni masa semester pendek,

Jadi penyewa yang sedia ada berpakat untuk mencari penyewa sementara untuk semester pendek memandangkan dorang semua tak ambil semester tu.

Jadi rugilah kalau bayar rumah tu kosong sepanjang 3bulan tapi tak duduk kan? So dengan kehadiran penyewa baru, dapatlah kurangkan sedikit kos sewa rumah tu.

Ok story dia bermula bila start short sem. Masa ni aku stay asrama sebab bulan puasa so malas laa nak duduk rumah sewa sebab untuk sem panjang aku akan pindah rumah baru,

Sebelum ni aku sewa sorang saja so sem panjang akan datang aku rasa nak sewa dengan kawan aku, aku perkenalkan sebagai Tyra.

Ok untuk pengetahuan korang Tyra ni laa yang cari rumah, kumpul duit sewa, bayar bil api air semua. So nak dijadikan cerita masa sem pendek rumah kosong. Dorang tak nak la kena bayar banyak,

So dorang cari 2 orang penyewa baru untuk kurangkan bebanan yang ditanggung sebab orang rumah semua tak ambil sem pendek macam yang aku jelaskan tadi.

Maka bermulalah kisah penyewa baru antara kak Hajar dengan akak berpurdah sorang ni (tak ingat course apa). Kak Hajar ni cara dia cari rumah elok la, bayar sewa semua tapi akak berpurdah ni cari rumah last minute.

Tyra pulak jenis dia baik sangat cepat kesiankan orang so dengan tak bayar deposit 1bulan Tyra terus terima akak ninja ni sebab dah nak bukak sem baru and akak ninja ni ada masalah kewangan masa tu.

Bulan makan bulan sampai laa masuk hujung semester pendek dalam 3 bulan jugak la kalau tak silap akak ninja tu still tak bayar duit rumah dengan pelbagai alasan.

Tyra tak ambil sem pendek, so terpaksa laa masa hujung sem tu dia datang rumah sewa sebab nak minta duit sewa dekat akak ninja tu.

Terkejut jugak laa aku kenapa Tyra datang tiba-tiba, lepastu baru dia bukak story dengan muka sedih. Selama akak ninja tu stay dalam rumah tu, semua duit bayaran sewa dan bil Tyra yang dahulukan sebab banyak sangat alasan sampai tertunggak bayaran.

Aku pun macam “hmm kenapa laa Tyra ni bodoh sangat cepat kesian dekat orang”.

Nak marah nasi dah jadi bubur so aku kata dekat Tyra stay rumah tu sampai dia bayar sewa tapi Tyra pulak kata tak boleh sebab ada urusan lain lagi.

Nak tak nak aku terpaksa masuk campur sebab semua orang tahu aku ni agak tegas sikit and orang-orang rumah Tyra semua setuju untuk aku selesaikan masalah ni.

Malam tu Tyra tidur rumah sewa dia untuk jumpa akak tu. Tyra ada whatsapp aku minta aku tidur rumah tu jugak malam tu tapi aku tak boleh sebab hujan lebat.

Aku mintak Tyra hantarkan gambar akak ninja tu dalam whatsapp group. Nampak muka macam baik laa.

Esoknya aku datang rumah, dah petang and malam tu aku stay rumah tu sebab nak bincang pasal bayaran. Aku datang tu aku terkejut tengok akak ninja tu pakai baju yang semalam Tyra bagi gambar tu.

Aku pun macam hmmm mungkin baju dia yang lain tak basuh lagi kot tapi tengok muka memang muka tak mandi lagi. Masa aku datang tu dah petang tak tahu laa pukul berapa dia ni nak mandi.

Masuk jam dalam 10 malam aku, Tyra and kak Hajar berkumpul laa dekat ruang tamu rumah nak bincang sikit sebab ada masalah lain lagi selain bayaran tertunggak tu.

Kami cadang panggil saja akak ninja tu untuk cakap ‘face to face’. Akak ninja tu asyik ulang ayat sama and aku desak dia untuk bayar, dia buat muka kesian then pandang Tyra sebab dia tahu dengan aku tak boleh berdolak dalih.

Selesai isu bayaran sewa rumah aku bagi masa tempoh 1minggu untuk langsaikan sewa rumah 3 bulan tertunggak tu. Masuk pulak isu baru yang kami bincang sebelum ni.

Kan aku cakap Tyra tidur rumah tu kejap kan semalam? Ok Tyra perasan anak patung dia, baju-baju dia semua hilang dari almari.

Sebelum ni dia dah tanya kak Hajar pasal ni tapi kak Hajar cakap yang pernah masuk bilik Tyra tu kak ninja sorang saja and memang selalu kak ninja tu stay bilik Tyra. Tyra berkongsi bilik dengan Mia dari mula-mula masuk rumah sewa tu lagi.

Lepas dah habis isu bayaran terus Tyra tanya mana baju-baju dia yang ada dalam almari tu. Then akak ninja tu kata tak tahu, jenuh bertikam lidah jugak malam tu, terus Tyra ambil 2 beg pakaian akak ninja tu.

Tyra bukak beg pakaian akak ninja tu depan kami semua, korang nak tahu jadi apa lepas tu? 1 rumah bau busuk gila, bau ni aku tak pernah bau lagi sebelum ni. Nak muntah pun ada.

Then masa Tyra punggah ambil baju-baju dia yang akak ninja tu ‘pinjam’ tetiba kami nampak tuala wanita yang dah di pakai ada dalam beg baju tu.

Semua mata melopong kejap. Patut laa bau punya kuat, aku langsung tak sentuh semua baju tu start dari bukak beg tu lagi sebab dah bau pun cukup buat aku rasa nak termuntah.

Boleh bayang kan tak macam mana dia boleh hidup dengan baju baru beli (siap dalam pack plastik) campur dengan baju yang entah pernah pakai ke belum then campur dengan pads dah pakai tapi tak reti nak buang?

Lepas selesai Tyra agihkan barang-barang kepunyaan dia then Tyra siap ternampak ‘pakaian dalam’ roommate Tyra (Mia) pun ada dalam tu. Tapi Tyra tak ambil pun harta Mia tu sebab eii geli weh kalau pakaian dalam pun kau nak rembat.

Lebih kelakar akak ninja tu mengaku semua tu yang dia punya sampaikan Tyra tunjuk bukti tag jenama tu baru kantoi bukan yang akak ninja tu punya.

Part aku tak boleh lupa dia siap tak mengaku and main nama Tuhan wehh lepas dah selesai benda ni and akak ninja tu dah ‘keluar’ dari rumah tu baru laa kami tahu rupanya dia memang bermasalah dekat rumah-rumah sewa yang lain.

Aku tak tahu la macam mana orang macam tu boleh teruskan life dia and macam mana dia boleh ada pakwe masa tu agak pakwe dia tahu tak dia pengotor? Aku tak boleh lupa akak ninja tu tanya Tyra “Wawa ni anak polis ke?”

Moral of the story jangan cepat kesian and percayakan orang, kalau dah pakai pads tu buang laa woii habis 1rumah bau (sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman) and muka baik ni jangan percaya dia ni baik 100%

– Si Garang (Bukan nama sebenar)

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment