Nama saya Jidah, bukan nama sebenar. Saya dah berkahwin lebih kurang 2 tahun tapi masih belum dikurniakan anak. Saya berkenalan dengan suami dalam masa yang sangat singkat. Tak sampai setahun sudah bernikah.
Semasa dalam proses perkenalan, saya tidak pernah pergi ke rumah keluarga suami saya. Setelah bertunang pun, hanya beberapa kali sahaja saya pernah menziarah rumah keluarga dia.
Suami kerja biasa biasa, semasa bujang dia tinggal rumah sewa dengan kawan kawan. Jadi boleh faham la keadaan rumah bujang macam mana huru hara nya. Tapi tidaklah begitu teruk. Saya pula memang tinggal bersama orang tua sehingga lah saya bernikah.
Nak dijadikan cerita, sejak kecil saya dan adik beradik memang telah dididik untuk mengemas. Setiap hari kena menyapu. Pastikan sampah dibuang hari hari. Cadar kena kemas. Rumah saya bukanlah tak ada habuk, tapi tidaklah sampai bersawang.
Dan sejak kecil lagi, abah saya selalu membasuh tandas. Paling malas pun sebulan dua kali. Sehinggalah abah jatuh sakit (strok), barulah saya belajar cara cuci tandas sebab adik beradik semua jauh jauh, saya saja tinggal dengan ibubapa.
Mula mula memang tak puas hati sebab tak bersih berkilat macam abah buat. Tapi saya belajar, berbulan belajar, supaya bersih macam abah buat.
Yela, abah cuci tandas sejak saya kecil lagi. Makcik saya kata sejak bujang memang ayah suka cuci tandas. Jadinya memang la dia pro.
Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia. Jadi saya memang pegang kata kata abah. Kalau pergi kedai makan pun, saya suka cek tandas. Kalau kotor, memang last lah saya makan dekat situ.
Tapi sayangnya, saya selalu cek tandas kedai makan, tapi saya lupa nak cek rumah bakal mertua. Yelah, datang pun boleh kira guna jari, sekejap pula tu. Tak terfikir nak cek tandas.
Setelah seminggu berkahwin, suami bawa saya pulang ke rumah mertua. Sebelum ni saya selalu datang mengejut, jadi tak kisah pun kalau rumah bersepah. Sebab saya fikir rumah saya begitu juga bersepah kadang kadang walaupun selalu kemas.
Tapi kali ni memang betul betul terkejut. Sebabnya kedatangan saya dimaklumkan, tetapi rumah tetap bersepah hahahahha.
Kalau bersepah biasa biasa tu tak apa. Ni masuk pintu saja dah boleh nampak jug dan cawan bekas air kopi yang dah keras, macam ditinggal lebih 3 hari. Baju tak berlipat berlonggok atas kerusi. Tahi kelawar penuh dekat tangga.
Rumah mertua saya 2 tingkat. Saya tak tahu berapa lama dah tahi kelawar kat situ. Bila waktu makan, saya tolong ipar saya sediakan makanan. Terkejutnya saya kat rak pinggan boleh ada cicak dan lipas mati dah keras tak buang.
Sudu dan cawan jangan cerita la. Time nak guna, time tu la baru nak basuh dan semua ada kesan daki. Kalau tak memang semuanya kotor berkumpul.
Boleh bayangkan tak kalau dah ditinggalkan berhari hari? Hari tu memang tak boleh nak telan makanan mengenangkan cicak tu. Was was saya dengan semua peralatan yang digunakan. Bukan setakat peralatan, makanan pun saya rasa was was dengan kebersihannya.
Lepas makan baru saya terfikir nak tengok tandas tingkat bawah. Saya buat buat la seperti buang air. Tapi masuk saja tandas, saya rasa loya.
Sah, memang tak pernah dibasuh. Sebabnya masuk saja dah boleh rasa lantai licin berlendir. Saya cuba tengok dinding. Bayangkan dinding mozek boleh berlumut.
Botol sabun tak tahu berapa banyak dalam tandas tapi semuanya kosong. Dalam hati saya dah berkata, “teruknyaaa rumah ni” walaupun saya tahu itu rumah mertua saya.
Waktu petang saya cuba mandi di tandas tingkat atas pula, keadaan nya lebih kurang sama saja. Tapi makin saya mandi makin saya rasa tak bersih. Sebabnya baru saya sedar, dalam besen air juga berlendir.
Shower pulak tak berfungsi. Saya rasa seluruh badan berlendir. Sudahnya saya mandi guna paip direct. Cangkung la saya bawah kepala paip tu.
Waktu malam nak tidur, baru saja saya baring habis naik gatal semua badan. Saya fikir kenapa lah gatal semua ni. Rupanya tilam saya baring tu banyak sungguh pijat. Yela sedangkan tahi kelawar pun tak sapu, memang la pijat di semua tilam dan bantal.
Dengan suami sekali kena. Last last saya dan suami tidur atas lantai saja, tak beralaskan apa apa. Bantal pun tak ada. Tak sanggup saya digigit pijat merata. Tapi tak dapat tidur nyenyak pun.
Esoknya, masa dalam perjalanan balik ke rumah saya korek cerita sikit sikit dari suami. Kenapa lah boleh teruk begitu keadaan rumah. Suami pun luahkan dia juga tak selesa tinggal di situ.
Sebab tu masa bujang dia sanggup menyewa walaupun tempat kerja dan rumah mertua tak lah jauh mana. Jarang dia balik ke rumah mertua. Sebab tu dia juga jarang bawa saya ke sana semasa saya tunang dia.
Selepas dari tu, setiap kali balik rumah mertua saya berazam nak tolong kemaskan yang saya mampu. Sebab saya fikir mungkin mertua saya tak larat kot (walaupun ada saja ipar saya yang dah berkahwin tinggal dekat situ)
Jadi saya belikan mop, penyapu, penyodok, berus, kain lap untuk rumah tu. Saya juga yang senang nanti kalau nak gunakan sebab sebelum ni hanya ada satu penyapu yang dah patah.
Saya pun sungguh sungguh sental tandas macam sental tandas rumah sendiri. Saya lap semua tingkap yang ada, sebab bukan berhabuk lagi dah, ada yang siap berminyak. Pelik kan? Tapi lepas tuuuuuuuuuuu…..
Saya dan suami berhenti dari kemaskan rumah mertua. Sebab apa?
Orang dalam rumah tu tahu kami akan balik pada hari sabtu, jadi hari isnin sampai jumaat semua tak buat apa apa sebab sabtu saya akan kemaskan. Termasuklah tak basuh kain dan tak lipat kain. Jadinya saya tiba tiba jadi bibik free di rumah mertua hahahahaha.
Ada sekali saya balik, lesung batu tak basuh dari hari isnin sebab saya akan cucikan nanti hari sabtu (ikut logik diaorang). Kain baju kotor jangan cerita lah dia punya berlonggok.
Masalahnya ipar duai saya yang tinggal dekat situ ada yang dah berkahwin beranak pinak pun tapi perangai selekeh memang mengucap panjang saya. Diaorang jarang makan dekat rumah dan selalu beli bungkus, jadi kebersihan dapur tu memang ke laut dalam la.
Lama lama suami kasihankan saya. Dia larang saya dari bersihkan rumah mertua. Dia jugak dah jarang bawa saya balik ke rumah mertua dan bermalam di sana. Sebulan sekali sahaja limitnya. Dah setahun lebih rasanya saya tak bermalam di rumah mertua.
Dan sejak PKP ni lagi lah dia tak bawa saya balik ke rumah mertua sebab lain daerah. Raya pun di rumah ibubapa saya saja. Kadang kadang suami hanya jemput mertua bermalam di rumah kami sahaja. Tapi untuk kami ke sana memang big NO.
Saya pun serba salah juga dengan suami, sebab itu adalah keluarga dia. Tapi suami sendiri yang memang dari bujang tak mahu tinggal di sana. Sebab kata suami, mereka bukan sekadar pengotor, malah pemalas.
Suami lagi sanggup berulang ambil dan hantar mertua ke rumah kami sekali sekala, dari duduk di sana lama lama.
Mertua pun tak pernah ajar ipar duai saya untuk mengemas. Buktinya rumah ipar saya yang lain pun lebih kurang begitu juga hahahahaha.
Mujur suami saya banyak membesar dengan keluarga angkat dia. Keluarga angkat dia la yang mengajar dia mengemas. Tapi bila nak mengemas di rumah sendiri memang tak boleh, sebab mereka pemalas nauzubillah dan suka ambil kesempatan.
Tapi sejujurnya memang saya tak boleh hidup lama di rumah mertua. Sebab saya dah terbiasa dengan keadaan bersih. Saya ada rutin harian, mingguan dan bulanan. Dari kecil memang ibubapa saya ajar semua tu.
Kalau mertua di rumah saya pun dia pelik saya menyapu hari hari. Padahal bagi saya itu normal. Tak menyapu tu lagi lah pelik. Kalau ibubapa saya tahu keluarga mertua saya pengotor begini, mesti mereka kecam hahahahaha
Nak ikutkan banyak saja lagi cerita pengotor mereka ni. Tapi biarlah simpan sahaja sebab rasa dah panjang sangat saya menaip. Saya nak nasihatkan mereka pun dah tak ada cara lagi. Sebab jarak umur saya jauhhhhh lebih muda dari mereka.
Mana ada orang dewasa yang nak dengar cakap orang berumur 20-an. Lagi lagi bila beza umur melebihi 10 tahun. Betul tak? Tapi sesungguhnya memang wujud orang pengotor kat dunia ni.
Yang benar, Menantu pembersih, Jidah
Reaksi Warganet
Jam MieEla –
Teringat masa kecik. Mak selalu suruh kmi adik bradik mngemas. Kebetulan semua perempuan.
Lepas kakak sulung kawin, saya dengan kakak kedua mengemas rumah. Kakak tugas dia masak dan cuci pinggan. Saya sapu sampah dan mengemas. So, setiap hari, mak saya akan suruh saya sapu rumah dua kali. Pagi sekali. Petang sekali.
Pastu mak buat spot check. Kalau ada sampah or lantai berpasir. Memang kena la bebel dengan mak. So, disebabkan taknak mak bebel, petang mesti saya mop dan makesure takde sampah.
Macam tu la hari hari.. Kadang kadang tukar shift dengan kakak. Saya masak dan cuci pinggan. Dia menyapu sampah. Bila saya masuk u. Kakak kedua dah kawin. Adik pulak kena buat sorg sorang. Masak. Mengemas.
Sekarang, bila aruwah mak takde Rumah saya still sama macam dulu. Bersih. Kemas. Makanan sedap. Sebab adik pandai masak.. Pandai kemas. Rumah saya sndiri pun kemas. Setiap hari saya mop. Sebab saya tak suka habuk.
Point saya deoat sini, kena terapkan kebersihan dari kecil. Kalau dah jadi buluh.. Memamn payah la nak lentur. Harap dapat bersabar la..
SF Safiqah –
Memula rasa TT ni berlagak pembersih. Tapi bila dia mention dia datang tolong bersihkan rumah mentua tapi akhirnya ipar duai ambik kesempatan jadi lagi pemalas. So aku rasa betul keputusan dia stop tolong kemas.
Kalau suami ada duit biarlah dia yang keluar duit upah cuci rumah sebulan sekali ke. Cakap dengan suami, bayar cleaner tu tong tong dengan adik beradik dia. Sebab aku kesian jugak dekat mak si suami tu dah tua tua terpaksa duduk dengan keluarga pengotor.
Satvinder Kaur –
Saya pernah bagi rumah untuk disewa tapi dapat pulak penyewa kotor. Setahun sewa setahun tuu tak mop dan sapu.
Bukti waktu tinggai rumah kami tuan rumah nak gie bersih rumah seperti sampah je. Buang sampah merata rata dan tak dijaga kebersihan rumah tuu. Dapor kotor sangat dan tahu tak orang tu buat bizness frozen food macam karipap gituu la.
So i really cant brain wif orang yang malas dan kotor ini. Padahal dirumah tu semuanya dah besar bukan anak anak kecik pon.
I salah kan parents la sebab pengotor tahap gini. Fikir la sikitt. Dah la tak mintak maaf pon atas perangai dia kotor sangat tu.
Maaf la to say say memang tak halal kan ape je yang dibuat. Kami tanggung kerugian je dengan manusia macam ini.
Izzatie Amran –
“Lagi saya mandi lagi rasa berlendir”. Allahu Jidah weiii. Aku baca ni sambil bulu roma rasa berdiri, geli geleman campur nak muntah.
I personally think people who doesnt care living in such dirty environment, they need psych0logical help. Kena dapat rawatan psikiatri. Who in the right state of mind is feeling comfortable in such messy and dirty house??
Nasib baik laki Jidah memahami. Stop la being free bibik, nak tolong, setakat mampu ja. Dorang licik pulak tu, pandai ambik kesempatan. Dipandir pandirkan kau Jidah lol sengaja tak buat apa apa dah sebab tunggu ko datang kemas segala every weekend. Huh dasarr..
Sumber – Jidah (Bukan nama sebenar) via IIUMC
0 comments:
Post a Comment