DEMAK, INDONESIA - Seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya yang hamil dan disumbat ke dalam plastik sebelum dibuang ke sungai, lapor laman Kompas.
Dalam kejadian 27 April lalu, mangsa, Ayu Kurniandani, 19, dibunuh oleh teman lelakinya, Umar Sodiq, 25, kerana mangsa merengek meminta kandungannya digugurkan.
Difahamkan, Umar dan Ayu sudah menjalinkan hubungan cinta selama lima bulan dan sempat melakukan persetubuhan.
Dalam keterangan kepada polis 5 Mei, Umar mengaku dia berang dengan Ayu yang setiap hari merengek meminta kandungannya digugurkan, sedangkan dia bersedia bertanggungjawab.
"Saya menyesal tetapi tidak tahan dengan rengekkannya yang meminta kandungan digugurkan.
"Saya cekik dia selama 20 minit dan dia melawan. Kemudian saya jerut lehernya dengan tudung. Setelah membunuhnya, saya menyumbat mayatnya dalam guni dan buang ke dalam sungai sebelum melarikan diri ke luar kota," katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa yang berjaya mengenalpasti identiti mangsa, mengesyaki wanita itu dibunuh oleh teman lelakinya dan menguatkan lagi dakwaan itu apabila rakan suspek memaklumkan suspek sebelum menghilangkan diri ada memintanya meminjam plastik dari jiran tetangga.
Berdasarkan maklumat itu, polis menemui sejumlah barang bukti seperti pakaian mangsa, sarung, plastik, batu pemberat dan telefon bimbit milik mangsa.
Selepas seminggu kemudian, polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di daerah Banjar, Jawa Barat, 4 Mei.
"Suspek melawan ketika ditahan dan terpaksa dilumpuhkan kakinya dengan timah panas," kata jurucakap polis.
"Suspek ditahan atas dakwaan membunuh dan jika disabitkan bersalah, bakal dihukum penjara 15 tahun.
0 comments:
Post a Comment