Isteri Baru Tak Tahan Sehari Sampai 5 Kali Dipaksa Kadang2 Tu, Pukul 2-3 Pagi Pun Kena Kejut


Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Salam admin , hidekan profil saya ya. Saya baru berkahwin 4 bulan dengan suami yang baru, sebelum ni saya dah pernah berkahwin dan ada anak sorang , sekarang anak saya duduk dengan ibu. Saya tak bawa tinggal sama sebab time tu pkp tak dapat nak ambik dan sekarang ada sebab kenapa saya tak ambik anak saya.

Ceritanya macam ni, Dalam tempoh 4 bulan ni saya dgn suami kerap bergaaduh bergduh bukan biasa2, jenis gduh teruk.

Saya pun taktau dimana silap saya. selepas kawin baru saya nampak perangai suami. dia b4ran dan suka menyuruh. Saya ni ikutkan aje kehendak dia tapi kadang2 kita ni penat sangat2 mana taknya sehari saya masak 2 kali,

siang dan malam tapi dalam pkul 2/3 pagi suami saya akan kejut saya suruh masak. kadang sehari 5 kali saya kena masak. saya dah tidur dia kejut saya semata suruh pergi amikkan air dan lain lain.

Saya ni pun baru habis pantang keguguran. salah satu saya keguguran sebab saya penat sangat saya stress, saya buat kerja rumah apa semua. suami tak bantu langsung.

Selama 4 bulan ni dah 4 kali suami saya lempang saya. Dia tolak saya kuat2 sebab saya kecik orangnya senang je kena tolak . Lempang dan tolak tu termasuk masa saya mengandung. Saya sedih sangat , saya taktau nak luah dekat siapa. Kalau luah dekat ibu saya taknak ibu sedih .

Kelmarin saya kena lempang sebab dia suruh saya masak tapi saya tak nak sebab saya penat time tu dah malam ye dah kul 2 pagi. Saya ni surirumah masak untuk 6 orang termasuk adik adik dia Jadi takde istilah rehat untuk saya.

Nafkah jangan cakap lah memang selama 4 bulan dia tak bagi. Saya ni taktau dah nak gadaikan apa lagi kat badan saya, suami saya kerja on off kalau rasa rajin dia kerja, kebanyakkan saya lah kena tanggung , muka saya ni dah habis malu pinjam dekat orang , pinjam dekat ibu.

Suami saya senang je suruh saya gadaikan itu ini . Sampailah gadai rantai yang arwh ayah saya bagi. Saya sedih. marah semua ada sebab saya tak dapat nak luahkan sebab saya tau kalau saya cakap dekat dia saya yang kena pkul nanti.

Bila ada duit dia suruh saving tapi hakikatnya banyak keluar kat dia rkok lah. Suami saya amik ket0m, saya dah banyak kali suruh berhenti katanya ubaat konon. Duit habis dekat situ je , judi dalam hp. Saya taktau nak cakap apa lagi.

Lepastu kalau gduh dia mesti akan cakap “jangan sampai aku bagi kau dekat duda kau balik “ “ kau baliklah rumah ibu takyah balik sini “ “ kau ni tak layak jadi isteri aku “

“aku menyesal kahwin dengan kau “ semua tu keluar dari mulut dia bila dia tengah marah , sedangkan saya ni dah cukup baik ikut kehendak dia , bila saya kata penat dia tak dengar pun.

Masa dapat duit kwsp , apa pun saya tak dapat merasa, balik2 dia bayar hutang dia, ket0m lagi. Kadang terasa nak lari dari rumah ni, saya macam kena kurung, nak balik rumah ibu nak tgk anak pun bukan main susah banyak alasan dia bagi.

Cukuplah saya gagal dalam perkahwinan yang lama takkan kalini pun sama, tapi saya redha kalau berpisah lebih baik, sekurangnya saya tak siksa diri saya fizikal dan mntal . Saakit sangat.

Kisah ke 2 lagi mendebarkan dan sedih, baca perkongsian di bawah.

Assalamualaikum semua. Aku J. Umurku dalam lingkungan 20-an, telah berkahwin selama 3 tahun dan bekerja tetap. Sekarang aku menetap jauh dari kota raya. Pertama sekali, terima kasih admin kerana menyiarkan kisahku yang dianggap tragis tiada penghujungnya.

Kisahku bermula apabila aku disahkan hamil selepas 6 bulan berkahwin. Aku sangat happy masa tu sebab agak susah untuk hamil bagi pasngan PJJ. Ketika itu, aku berulang alik ke tempat kerja suami di utara pada hari minggu jika dia cuti.

Sekiranya dia tidak cuti, maka aku akan jumpa dia minggu seterusnya. Kadang-kadang aku tidak jumpa suami sebulan atau lebih atas faktor kerja. Berbalik pada good news tadi, suamiku sangat happy dan tak sabar nak jadi ayah.

Tidak lama kemudian, aku dapati kandunganku mengalami pendrahan dan aku memandu ke hspital untuk buat pemeriksaan.

Doc maklumkan bayi tidak membesar kerana janin tidak sihat. Jadi doc mahu aku pulang dan beri tarikh untuk operation D&C. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya aku masa tu.

Aku pulang dari Hspital Putrajaya seorang diri dan aku berhenti di tepi jalan kerana menangis teresak-esak seperti orang giila sehingga tidak mampu hendak memegang steering wheel. Allahu sungguh berat ujianmu. Pada minggu ke-8 kandungan, aku gugur secara natural.

Alhamdulillah, suamiku datang ke sini dan dia menjagaku dengan baik selama 2 minggu berpantang. Aku sangat bersyukur mempunyai suami yang baik.

3 bulan kemudian, aku disahkan hamil sekali lagi dan masih PJJ dengan suami. Aku gembira tetapi ada perasaan teramat takut kerana pernah gugur.

Malangnya, kandungan kali ini berlaku pendrahan juga. Aku disahkan blighted 0vum(kehamilan kosong tanpa janin) pada minggu ke 7.

6 bulan seterusnya, kandungan yang ketiga pon aku disahkan blighted ovum sekali lagi. Disebabkan keguguranku berulang lebih dari 3 kali, aku diberi appointment dengan klinik O&G kerajaan. Antara test yang aku buat:

Antiphospholipid screening, thyr0id test, p4rvo test, di4betic. Alhamdulillah keputusan test semuanya negative dan normal.

Kini, aku tidak lagi PJJ dengan suami dan dapat tinggal bersama. Aku sangat gembira kerana Allah makbulkan doaku untuk berbakti pada suami.

Disebabkan aku terlalu subur, aku mengandung lagi. Namun, aku disahkan missed miscarriage pada minggu ke-10 dan doc pon buntu bagaimana hendak membantuku.

Sekarang, disaat aku sedang menaip, aku sedang keguguran kandungan yang kelima. Sungguh sedih aku rasa detik ini sebab aku tak mampu nak beritahu suami yang kami akan kehiilangan anak ini.

Aku telah habiskan ratusan ringgit untuk checkup di swasta, beli ubat-ubatan seperti duph4ston, progester0ne dan aspiirin supaya aku dapat selamatkan kandungan ini.

Pelbagai doa dan solat sunat aku telah amalkan tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku redha dengan kehamilan yang ke-5 tetapi tiada anak disisiku.

Allah itu akan uji orang yang hebat dengan ujian yang hebat. Semoga aku dapat melahirkan zuriat ku sendiri kelak.

Aku juga ingin berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya jagalah amanah Allah sebaiknya kerana tak semua berpeluang mempunyai anak dan bertuah seperti kalian. Sekian.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Cik Nadia, Dah ada pengalaman kan..sepatutnya kahwin kali kedua biarlah yg dpt memberi manfaat pada tt..mcm takde masa depan je kahwin mcm ni..

tak payah la nak tunggu lama sgt baru nak buat keputusan.dah nampak kan suami tu mcmana.lebih baik fokus hidup berdua besarkan anak lagi bagus.jadi isteri pun hina, lebih baik jadi janda bermaruah.

Hana Ismail, Astagfirullah…ramainya lelaki ‘sampah’ dalam dunia ini. Dahlah ‘sampah’, mcm ‘jin’ plk. Mlm2 buta nak mkn. Suruh masak sampai 5x sehari. Blh buat report p0lis kalau kena pkul. Memang kaki ket0m kerjanya pkul org.

Tak payah takut dgn pencraian tt. 5x bercrai pun takpe drp hidup dgn ‘sampah’. Lagipun ‘sampah’ tu dah ckp, dia menyesal kahwin dgn tt. Buat apa tunggu lagi.

Better angkat kaki terus. Tt blm terlewat sbb blm ada anak dgn dia. Kasihanilah kat diri sendiri. Larilah drp hidup dgn dia. Baliklah ke rumah ibu dan hidup dgn anak. Jgn tinggalkan lg anak tanpa kasih syg seorg ibu. Move on tt.

Anne Yana, Geram bila dengar kaaum sndri ditibai sesuka hati oleh sang suami….kommon girl….pertahankan diri anda….jgn jd punching bag lelaki jahanam.aku dlu ex laki aku pkul aku smpai bterabur drah.

makcik ex laki aku ajar utk lawan blik…dr situ setiap kali aku kena pkul aku pastikan ex skit paling…entah apa jenis karate aku pakai,,bole ex aku jatuh rebah ke lantai masa nk tibai muka aku.

lama kelamahan dia sndri takut nk belasah aku lepas k3s 4 gigi depan dia aku tumbuk sebb dia cekik aku masa ngandung 7 bulan….masa tu ank aku da mngal dlm perut.dia hiilang gigi aku kehiilangan ank yg blm sempat ku lahirkan didunia ni.

Nanie Kassim, Sis, tolong lah kesian kat diri sndiri..saya tau kita ppuan ni mmg timbal balik perasaan kjp nk tinggalkn kejap kita nk stay…ada bnci ada syg. Tp suami yg gini tkkn berubah sis, tk berfaedah pun utk terus kekal jadi isteri dia. Saya doakn semoga sis boleh buat keputusan yg bijak.

Norizan Yahya, Saya rasa ramai lelaki tk guna yg jadikan janda ni isteri untuk digunakan sbb tau ramai yg terdesak mengharapkan kasih sayang suami.last2 dah dpt dijadikan tempat pemuas nfsu,kuli dan hamba.

kaaum wanita tolonglah klu bercrai cuba tingkat kn taraf hidup dulu,berjasa pada ibubapa dan klu boleh jangan abaikan anak.

Yana aaliff, Tt Awk dah ada jawapannya.. Kalau dah sampai di tangan tangannya Awk utk apa lagi Awk bertahan?

Skrg Awk takde anak dgn dia jika ada Awk rasa keadaan akan baik atau sama atau lebih teruk lagi? Malang bagi seorang perempuan jika tersalah pilih suami.. Semoga awak dipermudahkan urusan.

Siti Haida, Banyak betul c4se macam ni…boleh tak ajak ramai ramai peeempuan bujang masuk group krt ni…. supaya tolonglaa fikir masak masak hal kawin ni esp sebelum kawin.

Saya yg baca kisah kisah kat sini …rasa gerammmm je. kursus kawin yg dianjurkan sgt gagal bimbing kita kearah perkahwinan bahagia.

Nur Eika, Berdoalah sis. Mohon petunjuk utk jln penyelesaian. Jgn biarkan diri tu jadi pnching bag. Nak tunggu paatah riuk dan sampai jadi maayat.

Mcmnlah sis boleh dapat laki mcmtu. Sebelum anak bertambah..fikirlah mana yg baik. Sayang diri tu dulu.

Mohd Yunus, Don’t be stuupid..dia lempang puan krn puan x nk masak..try bt ni.Letak julap dlm makanan/ minuman dia.

Dia tercirit2 tu, puan cari ape milik dia yg blh dpt duit..dah dia sendiri mls kerja,suruh gadai emas. Cabut laa dr neraka,krn jln ke syurga pun bercabang 2.

Melissa Mell, satu je aku nk ajr,,nk ikt ikt xnk ikt xpyh ikt,dia lempang ngko kn..jln trbaik ko lmpang pijak ksi lumat suami cmtu tp pstikn ko thu seni mmprthankn dri..

nk ptuh kt suami agk2 skit sbb klau dh d blsah truk cmtu..tu je ptt d buat..lpstu ko dh blsah dia mcm mna dia blsah ko,blah dri hdup dia,tunjuk kn ko pn bole brdikari hdup tnpa dia..geram lk aku tgk jntan keparat cmtu.

Zimah Talib, lbih baik undur dari terus trsiksa mcm tu lg pun dia ada kata nyesal kn nikah dgn awk…dn dia ada kata awk x lyak jd istrinya… buat apa tunggu lg… pisah lbih baik… mintalh tolong dgn allah jln yg trbaik untk awk….

carilh kebahagian awk sndri jaga ank sbb tu harta x trnilai… x perlu hadap laki mcm suami awk tu….x kn maati jd jnda.

Nida Ahmad, X payah lah lagi orang yang x der masa depan ,pikir diri sendiri …bila laki ko nampak Ader wet baik,bila x der wet suro gadai sana gadai sini,jangan sampai ko kena jual ,

pompuan bila je hidup tanpa laki,ko dapat tu laki x guna,ko kena kuat keluar dari rumah tu dok n mak ko lagi ok.

Nanie Kassim, Sis, tolong lah kesian kat diri sndiri..saya tau kita ppuan ni mmg timbal balik perasaan kjp nk tinggalkn kejap kita nk stay…ada bnci ada syg.

Tp suami yg gini tkkn berubah sis, tk berfaedah pun utk terus kekal jadi isteri dia. Saya doakn semoga sis boleh buat keputusan yg bijak.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment