Setelah Mawar muatnaik foto Maryam keseorangan. Sekali Fizo Komen Cukup Padu



Mawar ada buat satu hantaran di IG story yang mana anaknya kelihatan keseorangan semasa bercuti dengan Fizo di Lego Land.

Menjawab isu yang timbul itu, Fizo Omar berkata ianya sesuatu yang tak masuk akal untuk di berbuat sedemikian.

Kata Fizo memang tak logic untuk dia tak beri perhatian kepada satu-satunya anaknya itu. Apatah lagi dia jarang berjumpa Maryan dan jika bertemu sudah tentu dia akan manfaatkan sepenuhnya.

“Logik kah saya nak buat macam tu. Semua pun tahu macam mana rapatnya hubungan saya dengan anak saya.”

“Memang bukan dapat jumpa dengan anak setiap hari, oleh itu kalau dapat bersama, semestinya saya akan hargai setiap masa.”

Maryam itu seorang saja anak saya, saya bercuti pun untuk dia.” Itu penjelasan dari Fizo Omar.

Fizo Omar turut menegaskan hubungan anaknya dengan isteri barunya iaitu Fazeera Nazri adalah baik.

Dengan hanya sekeping foto, janganlah semua pihak terus saja buat penilaian.

“Maryam rapat dengan wife saya, dan saya nak cakap, memang tak logik jika dia diabaikan.”

“Tak perlulah saya nak membalas kenyataan lagi yang tidak benar disebabkan hanya kerana satu foto. Orang tak tahu hal sebenar yang berlaku.”

“Saya sebagai bapa, sentiasa akan menjalankan tugas dengan baik. Saya amat yakin kalau saya ni tidak bertanggungjawab sebagai bapa, Maryam tak akan rapat dengan saya.”

Itulah kenyataan dari Fizo Omar tentang gambar anaknya yang dikatakan berseorangan, yang dimuatnaik oleh Mawar Fareeda.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment