Setelah Ebit Lew menghabiskan masanya di Brazil dengan menghantar bantuan, sekali ini layanan ketua Mafia di Brazil



PENDAKWAH bebas, Ebit Lew terkejut menerima layanan baik daripada ketua ‘mafia’ di satu kawasan di Sao Paolo, Brazil.

Ebit berkata, sebelum ke kawasan terbabit, ada pihak memberi amaran mengenai lokasi tersebut yang berbahaya kerana ada ketua  didakwa seperti mafia.

Katanya, namun tanpa disangka lelaki tersebut begitu baik serta menghargai kedatangan mereka bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk di situ.

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka.

“Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ni duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami,” katanya.

Beliau berkata, penduduk di situ teruja melihat penampilannya yang berjanggut dan berjubah, lain daripada mereka.

Apa yang menjadi perhatian adalah hantaran terbaharu Ebit Lew yang dikatakan berjumpa dengan salah satu ketua kawasan di Brazil. Melalui gambar tersebut, Ebit Lew menyatakan bahawa dia dilayan dengan baik oleh ketua kawasan yang dikatakan mempunyai peribadi seperti mafia.

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal,” katanya di laman Instagram beliau.

Justeru, katanya, walaupun didakwa sesetengah kawasan di Sao Paolo berbahaya, tetapi sambutan dan layanan penduduk di sana sebaliknya amat mesra dan mereka cukup menghargai bantuan yang diberikan.

“Ramai tengok janggut dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut.
Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami.

“Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” katanya.

Ebit kini dalam misi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk memerlukan di Brazil.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment