Guru besar & 9 guru sekolah r*gol empat anak murid secara berkumpulan dan rakam video



RAJASTHAN (INDIA) – Seorang guru besar dan sembilan guru sekolah kerajaan ditahan polis selepas disyaki merogol empat murid di daerah Alwar.

Perbuatan keji sembilan suspek itu terbongkar selepas bapa kepada salah seorang mangsa rogol menapati anaknya takut untuk pergi ke sekolah.

Mangsa mengadu dia telah menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh guru besar dan tiga orang guru lebih setahun yang lalu.

Mangsa juga mendakwa dua orang guru wanita juga bersubahat dengan suspek dengan merakam perbuatan suspek dalam telefon bimbit.

Pegawai Balai Polis Mandhana, Mukes Yadav berkata, polis telah memfailkan tiga kertas siasatan berbeza dalam insiden rogol membabitkan murid sekolah itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Semasa penyiasatan, tiga lagi murid sekolah yang menuntut di kelas 6, 4 dan tiga tampil dan mengaku  mereka juga menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh guru besar dan guru sekolah yang sama.

Kesemua mengsa mengadu mereka telah diugut bunuh oleh kesemua suspek jika menceritakan insiden itu kepada orang lain.

Ekoran insiden itu, empat murid yang menjadi mangsa  telah memfailkan laporan polis rogol ke atas seorang guru besar dan sembilan guru sekolah mereka.

Salah seorang mangsa juga memaklumkan kepada polis  mereka juga memanjangkan insiden rogol yang menimpa dirinya kepada guru wanita di sekolah berkenaan namun guru itu menawarkan pembayaran yuran sekolah dan buku teks untuk mangsa secara percuma sebagai dorongan kepadanya  tidak membocorkannya kepada pihak luar.

Lebih menyedihkan lagi, guru wanita yang sepatutnya bersuara dan melindungi mangsa telah memujuk supaya merahsiakan perkara itu.

Seorang lagi mangsa juga mengadu salah seorang guru wanita di sekolah berkenaan membawanya ke rumah tiga orang guru terbabit beberapa kali.

“Kesemua guru dan guru besar terbabit telah berada di bawah pengaruh alkohol di rumah tersebut sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan mencabul serta merogol saya berulang kali,” keluhnya.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang mangsa berkata, apabila dia bergegas ke sekolah dan menyoal kepada guru besar mengenai insiden berkenaan, suspek mengugutnya dengan mendakwa abang dia merupakan seorang menteri yang berpengaruh.

“Dia memberitahu saya jika saya membuat laporan polis mengenai insiden rogol membabitkan anak, dia akan membunuh saya,” dakwanya.

Sebagai menafikan dakwaan itu, guru besar itu berkata dirinya tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat mengenai sebarang insiden rogol seperti didakwa bapa mangsa.-India Today.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment