Belum lagi reda isu mengenai percintaan kontroversi diantara Datuk Seri Vida dan Iqbal di media sosial, kini timbul pula isu lain yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen.
Antara yang menjadi topik bualan hangat netizen kini di media sosial apabila, ada yang mendakwa Iqbal seakan riak dan takbur dengan menujukkan kemewahan yang dimilikinya.
Difahamkan dakwaan ini timbul apabila Iqbal telah menayangkan kemewahan yang dimilikinya menerusi satu sesi tembual yang dibuat oleh satu portal hiburan ‘online’.
Menerusi sesi temubual terbabit, Iqbal juga turut menaikkan kemarahan dan kecaman netizen, apabila telah melemparkan duit dengan dakwaan niat untuk membuktikan kemewahannya pada netizen.
“Untuk netizen, saya kena ajar atau cerita macam ni ke?”
“Okay aku kaya, aku tak nak duit orang, sampai bila saya kena buat macam ni, saya pun ada maruah, nak kahwin sebab harta ke?”
“Saya geram tau, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit, sehingga saya nak buat perniagaan pun orang tuduh saya nak ambil duit orang, ini duit saya sendiri, tak minta duit orang pun,” jawab Iqbal dalam sesi tembual berkenaan sambil melemparkan duit.
Menurut Iqbal, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuktikan serta membidas dakwaan netizen yang menudvh niat untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida sekadar menumpang kekayaan dan populariti semata-mata.
Ekoran perkongsian video berkenaan, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh semua pihak, malah salah seorang selebriti yang berpangkat Datuk tampil menempelak serta kurang senang dengan tingkah laku yang dibuat oleh Iqbal berkenaan.
Selebriti yang dimaksudkan adalah Datuk Ac Mizal, dia berkata, seharusnya tidak menunjuk kekayaan yang diperolehi tetapi sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh tuhan.
“Jangan terlampau r1ak sampai campak campak duit, rezeki dari Allah bukan untuk menunjuk”
Meskipun niat Iqbal hanya untuk membidas dakw4an yang dilemparkan netizen terhadapnya, namun perbuatannya itu di4kwa seakan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi kata Datuk Ac Mizal.
“Bersyukur lagi bagus, tak habis habis nak tunjuk duit, hmm macam dia seorang je yang kaya, ingat yang dicampak tu rezeki dari ALLAH,” tulis Datuk Ac Mizal.
Menjengah diruang komen, rata-rata telah kurang senang malah ada yang turut menyelarnya dengan perbuatan ri4k berkenaan.
“Perangai… Nanti Allah tarik baru tahu, dalam satu dunia ada musibah, tolonglah jangan riak sangat. Istighfar”
“Meluat! nampak sangat r1aknya,” komen netizen.
‘Tak Semua Benda Dalam Hidup Sy Berkiblatkan Duit’- Catriona Ross Minta Maaf, Skali lqbal Dtg Komen
” Saya minta maaf kerana ambil masa yang lama untuk membalas anda..”
Gara-gara video parodi berlakon sebagai Datuk Seri Vida disalah anggap, pelakon Catriona Ross semalam tampil memohon maaf kepada usahawan berkenaan dan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad IqbaI Zulkefli.
Menerusi beberapa buah video InstaStory, Catriona mengambil masa yang lama untuk menjawab semua tudvhan dan ketidakpuasan hati IqbaI kerana sibuk dengan urusan keluarga.
Catriona atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kek menafikan tudvhan IqbaI yang mendkwa vdeo parodi tersebut dilakukan semata-mata kerana wang ringgit.
” Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun IqbaI merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.
” Hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat. Menjawab isu pertanyaan IqbaI adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit?
” Saya nak jelaskan kepada IqbaI, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit,” katanya.
Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sephia itu, video parodi tersebut dilakukannya atas dasar kerja sekali gus menafikan tudvhan dia menerima tawaran lumayan.
” Sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai seorang pelakon.
” Tetapi menghorm4ti pandangan dan perasaan IqbaI, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan IqbaI berasa lebih tenang dan damai selepas ini.
” Saya juga terkejut apabila IqbaI mengatakan dia mengalami depr3si kerana msaIah tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia juga sempat menitipkan pesanan kepada IqbaI agar berani dan terus kuat untuk menghadapi sebarang dugaan.
” Sebagai seorang kakak kepada seorang adik dan jauh lebih matang, saya nak nasihatkan IqbaI. Sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat dahsy4t.
” Kepada IqbaI yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, IqbaI kena sangat kuat.
” Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis dan mudah-mudahan IqbaI menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih,” katanya lagi.
IqbaI datang komen
Sementara, menerusi satu komen di akaun Istagram Catriona, IqbaI dilihat turut memohon maaf sekiranya segala dakwaannya melukan hati Catriona.
” Saya minta maaf seandainya kata-kata saya mengguris hati. Akak orang baik dan ramai sayang,” katanya dalam ruangan komen hantaran IG Catriona.
Komen IqbaI turut mendapat respon Catriona yang membalas, “Not an issue”.
Terdahulu, sebuah video parodi MeleTOP lakonan Catriona, Jihan Muse dan Danial Zain yang melakonkan semula babak kejutan hari jadi IqbaI kepada Vida tular dalam media sosial.
Video parodi berkenaan mendapat perhatian ramai termasuklah IqbaI yang berpendapat hatinya tergvris dan terkilan dengan gurauan tersebut.
” Pagi-pagi lagi saya dah nampak orang kongsi video parodi tentang saya dan DSV… sebelum ini banyak juga vdeo sin1s mengenai kami di laman sosial.
” Sejujurnya saya sedikit terasa hati apabila isu serius ini orang buat main-main, sedih apabila tonton vdeo-vdeo sebegitu. Tapi bila fikir balik nanti orang kata saya hati tisu pula, sedangkan saya pun ada perasaan juga.
” Apabila ada orang jadikan ia bahan untuk gelak, saya rasa sed1h tapi tak apa la kalau itu boleh buatkan mereka happy, saya pun tak boleh nak buat apa!” katanya kepada mStar.
Menerusi Instagram, IqbaI ada berkongsi beberapa video memperlihatkan netizen mengajuk semula aksi dan ucapan Vida semasa melakukan kejutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
IqbaI turut menegaskan kisah cintanya dengan Vida bukanlah gimik atau sengaja dicipta untuk mengejar populariti.
” Saya kena hent4m bertubi-tubi… sampai saya pun tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur.” luah IqbaI.
Sumber:Trending Sangat
0 comments:
Post a Comment