Aktif melakukan kerja-kerja kebajikan, pemilik nama Irawan Ibrahim itu sering berkongsi gambar semasa menjalankan misi bantuannya menerusi laman sosial miliknya.
Bagaimanapun, seperti insan biasa lain, lelaki berusia 37 tahun itu turut berkongsi gambar-gambar bersama keluarga di laman sosial.
Baru-baru ini, UEL memuat naik gambar bersama anaknya yang dikenali dengan nama Safiyyah di Twitter.
Apa yang mengejutkan adalah gambar itu dihujani komen-komen wargamaya yang membahasakan diri mereka sebagai ‘ayah’ kepada anak perempuan UEL.
Tidak kurang juga ada yang masuk ‘line’ menyatakan hasrat ingin menjadi menantu kepada UEL.
Ramai yang menyifatkan perbuatan individu-individu tersebut sebagai tidak sopan dan tidak wajar berlaku.
Mana tidaknya, Safiyyah baru sahaja berusia 12 tahun sekaligus meletakkan dirinya sebagai kanak-kanak bawah umur!
“Disgusting how many MUSLIM men commenting here & FB, including married men.
Bdk tu masih sekolah rendah. Stop normalizing perangai gatal kat budak kecik. Just stop it.
This behavior is disrespectful and borderline pedofiIia! Bygkan grown men gurau nak minang anak kita yg msh sek!”
“Berhenti biasakan perangai ‘gatal’ pada budak kecil! Perbuatan ini kurang ajar dan boleh dianggap pedofilia!” tulis seorang pengguna Twitter tentang isu tersebut.
Mungkin bagi mereka, ia hanya dianggap sebagai gurauan tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan gurauan ‘gatal’ terhadap kanak-kanak.
Menunjukkan kebodohan
Dah terlalu ‘biasa’ sampai tak sedar
Gatal dan jijik
Jangan ‘show off’ diri tu ‘pedo’
Gurauan menjengkelkan
0 comments:
Post a Comment