Firdaus Wong dedah screenshot perbualan WhatsApp yang didakwa gangguan s3ksual, tapi ramai kata itu fitnah terhadap Ustaz Ebit Liew

PETALING JAYA: Tular dalam beberapa laman sosial tangkap layar perbualan didakwa antara seorang mangsa gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal.

Perbualan itu dipercayai dimuat naik seorang pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung di Telegram miliknya.

Dakwa Firdaus Wong, mangsa berkenaan menghantar tangkap layar kiriman WhatsApp dan Instagram kepadanya meminta untuk berkongsi bukti tersebut untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau mendakwa, mangsa itu juga memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Dakwanya lagi, mangsa tersebut juga telah membuat laporan polis dengan kesemua bukti berkenaan turut diserahkan untuk disiasat pihak berkuasa.

“Setelah berbincang dengan sekumpulan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka memberikan keizinan kerana semua perkongsian ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan juga undang-undang.

“Buat pengetahuan sahabat semua, kesemua mesej ini saya telah lihat dengan mata saya sendiri daripada WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.



“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan,” jelasnya.






Mengulas lanjut, Firdaus Wong menegaska telah bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman.

Kata beliau, pihaknya tetap bersama dengan semua mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan.

“Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan.

“Setelah laporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di media sosial tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dihina dan diserang, tiada masalah, kami bersabar.

“Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” tegasnya lagi.

Tindakan itu turut menarik perhatian netizen berhubung isu tersebut namun rata-rata mereka berharap siasatan telus dan adil dijalankan oleh pihak polis

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment