Kecoh dengan isu panas membabitkan pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung dan Ustaz Ebit Lew mungkin menyebabkan ada yang tanpa segan silu menagih video kurang senonoh.
Firdaus menasihati mereka yang baru menyertai saluran Telegramnya supaya menjaga adab.
"Diharap jangan mempromosi atau berkongsi video-video yang kurang senonoh.
Jangan pula sahabat meminta untuk menonton video-video tersebut," tulisnya.
Dia sekali lagi menegaskan bahawa cukup hanya dia dan pasukannya yang telah menonton video tidak senonoh membabitkan individu didakwa Ebit itu bagi tujuan siasatan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Haram menyebarkan gambar atau video lucah," tegasnya.
Itulah lumrah manusia tidak pernah merasa puas dan cukup.
Dulu tidak percaya dengan dakwaan-dakwaan Firdaus, bila sudah ada bukti ditagihnya pula bahan bukti terutama berbentuk video. Dah dapat, disebarkan pula bagai dia yang pertama menerima video terbabit.
Semakin panas kes UEL ini sampai susah mahu menentukan siapa yang berada di landasan kebenaran.
Yang pasti, kedua-dua belah pihak kini sama-sama dihentam pengikut masing-masing.
0 comments:
Post a Comment