Akhirnya Sajat Dedah Tempat Dia Bersembunyi Selama Ini Di live di Instagram

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruddin atau Sajat memberitahu secara terbuka bahawa dirinya berada di Johor selama ini.

Katanya melalui live di Instagram miliknya sebentar tadi bahawa dia tidak keluar dari negara sebaliknya berada di Danga Bay, Johor sahaja.

‘Mana ada saya kat luar negara, saya ada di Johor saja, Danga Bay, saya tidak tahu hendak cakap macam mana lagi, saya ada di Malaysia, tidak kemana-mana,’ jelasnya.

Sajat menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanya lokasi tempatnya bersembunyi selama ini.

Terdahulu, pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas mengetahui Polis Selangor bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesannya -K! ONLINE

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment