" MAMA PAKAI PELIKAT, PAPA BAWAH KATIL SEDANG ' BERSEDAP ' DITAHAN "


"Hari ini kita membaca kisah kehidupan orang lain, jika kita tidak berwaspada, tidak mustahil satu masa nanti kita membaca kisah keluarga sendiri dengan versi yang sama".
*so, komenlah yg positif & janganlah provoke*.

Seorang janda berasal dari Kota Bharu ditahan didalam satu operasi ketika sedang berkesedudukan dengan seorang lelaki di Kg Sentosa, Besut. Keduanya didapati positif dadah jenis Metaphetamine. Lebih menyedihkan janda berusia 27tahun ini dikehendaki pihak polis di beberapa jajahan di Kelantan. 

Keadaan ini menyebabkan beliau tidak dapat dihantar ke Pusat Pemulihan untuk mendapat rawatan. Ini bukan kes baru, sebelum ini sudah banyak kali kita dihidangkan dengan cerita wanita yang ketagihan dadah yang sanggup meletakkan maruah dan nilai diri ke tahap yang paling hina.

Persoalannya bilakah cerita ini akan berakhir. Hari ini kita membaca kisah kehidupan orang lain, jika kita tidak berwaspada, tidak mustahil satu masa nanti kita membaca kisah keluarga sendiri dengan versi yang sama. Dadah itu membunuh, jangan terlalu yakin kerana dadah tidak kenal siapa kita.

#PERANGIDADAHHABISHABISAN




Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment