Chef Wan jumpa "Benda Menjijikan" dalam kotak santan Ayam Brand



TUKANG masak terkenal Chef Wan, atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, mengirim sekeping foto di laman Instagram miliknya, mendakwa menemui "benda jijik" dalam santan jenama Ayam Brand yang dibelinya.

"Oh tuhan ku, oleh sebab kekurangan susu santan segar untuk hidangan ayam saya, saya pilih untuk tambah satu paket ini (santan segera).

Apa yang mengejutkan saya apabila terjumpa kepingan benda ni, apapun ia dalam paket ini. Ia sangat menjijikkan.

Sebagai pengesahan, saya dah buka paket kedua tapi tak jumpa apa-apa di dalamnya melainkan susu santan.

Tertanya-tanya juga apa benda ini? Ada sesiapa pernah ada pengalaman ni? Anda mahu Ayam Brand jelaskan kepada saya tentang ini?

Tarikh luput lambat lagi pun. Jangan bagi tahu saya salah seorang daripada pekerja mereka di kilang masukkan 'tampon'  dan semuanya membengkak berenang dalam santan kelapa?" tulisnya.

benda jijik

*** Tampon benda berbentuk silinder, digunakan oleh wanita untuk dimasukkan ke dalam alat sulit bagi menyedut darah haid.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment