Aktres cantik, Fouziah Gous mengakui agak kekok apabila perlu melakonkan watak sebagai hantu penggoda dalam filem seram terbaru arahan James Lee, ‘Sunti @ Facebook’. Memegang watak sebagai Sunti dalam filem terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini, dia juga tampil berani apabila melakonkan adegan berendam dalam tab mandi bersama pelakon Anas Mentor.
“Saya terima untuk berlakon dalam filem ini sebab skrip dan juga pengarahnya. Skrip dan jalan cerita filem ini memang best. Ini kali pertama saya berlakon di bawah arahan James Lee. Sudah lama saya ingin bekerjasama dengannya,” tutur Fouziah ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Sunti @ Facebook’ di TGV One Utama, baru-baru ini.
“Mengenai watak saya, ia memang totally not me sebab saya jarang dapat watak penggoda dan perlu menggatal. Saya sudah biasa berlakon dalam filem seram, namun watak kali ini berbeza. Saya akui agak kekok membawa watak sebegitu tetapi sebagai pelakon, saya cuba memberikan yang terbaik untuk merealisasikan watak saya.”
Berkongsi mengenai pengalaman dan cabarannya ketika menjalani penggambaran yang dibuat dua tahun lepas itu, pengacara ‘Nona’ ini memberitahu dia terpaksa menanggung sakit pinggang gara-gara perlu tergantung lama ketika melakukan babak dengan pelakon Lufya Omar.
“Saya diikat dengan menggunakan tali halus di bahagian pinggang. Ia satu cabaran yang amat menyakitkan kerana sepanjang hari saya perlu melakukan babak tersebut. Mujur saya mempunyai kelebihan dalam yoga dan dapat mengimbangi badan.
Walau bagaimanapun, saya tetap sakit pinggang kerana tergantung terlalu lama. Apabila tengok babak tersebut hanya ditayangkan beberapa saat saja dalam filem, rasa tertekan pun ada,” ujar Fouziah sambil memberi keyakinan yang penonton tidak akan rugi jika membeli tiket filem ‘Sunti @ Facebook’.
“Secara peribadi, ‘Sunti @ Facebook’ tidak seperti filem seram biasa. Saya suka dengan penyampaian serta penggunaan efek yang tepat dalam filem ini. Lakonan pelakon lain juga sangat bagus dan penyusunan cerita ini akan membuatkan penonton terhibur apabila menonton.”
Selain Fouziah, ‘Sunti @ Facebook’ turut dibintangi oleh Izzue Islam, Syazwan Zulkifly dan Diddy Hirdy. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini yang sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 26 Februari.

0 comments:
Post a Comment