Panas ! Betul Ke Abby Abadi Dah Selamat Bernikah?


Betul Ke Abby Abadi Dah Selamat Bernikah? | Kisah perhubungan Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli bukanlah sesuatu yang baru. Malah Abby juga seperti memberi petunjuk bahawa beliau bakal berkahwin bila memuat naik beberapa gambar gubahan hantaran.



Berita terbaru, Abby Abadi dan Ustaz Khairul dilaporkan sudah sah bergelar suami dan isteri apabila lelaki tersebut telah memuat naik gambar menghulurkan senaskah Al- Quran kepada seorang wanita yang dikatakan mirip Abby disertakan dengan kata-kata yang penuh rasa cinta.








Malah perkara tersebut nampaknya benar apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status perhubungan Abby dan Ustaz Khairul.





Alhamdulillah mereka sekarang pasangan suami isteri.. semoga kebahagiaan milik mereka.

Jika berita yang dikongsikan ini benar, maka ini adalah perkahwinan kali ke tiga buat Abby. Terdahulu, bekas penyanyi kumpulan Elite ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai. Kemudian, Abby telah bernikah dengan jejaka lebih muda daripada beliau iaitu Noor Farhan di Thailand dan bercerai juga tidak sampai setahun dikatakan berpunca dari salah faham.

Tiada pengesahan dari mana-mana pihak setakat ini. Namun jika benar, doa kami agar perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke jannah.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment