Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima amat bersyukur dengan kelahiran anak madunya Jihad sebagai anak tiri, hasil perkahwinan Aida Abdul dan Bade Hj Azmi.
Dia akui sukakan dan sayangkan anak kecil, dan Jihad adalah anugerah dari Allah yang wajar diterima dengan hati yang terbuka.
“Alhamdulilah, bayi itu sangat comel dan cantik seperti mak dan ayahnya, saya juga bahagia untuk Bade yang sekian lama menunggu zuriat daripada saya sendiri.
“Ini merupakan zuriat pertama dan darah daging Bade, saya tumpang gembira dengan mereka berdua, anak adalah amanah Allah dan perlu dididik dengan sempurna,” kata Eirma kepada portal Murai.com.my
Menurutnya lagi, kekuatan menerima Aida sebagai madu merupakan ujian dari Allah dan ia sebahagian dari rukun iman yang ke-6 iaitu beriman Kepada Qadak dan Qadar.
“Saya sendiri pun tak sangka, saya sekuat ini untuk menghadapi segala-galanya, ini adalah ‘task’ yang perlu saya lalui, mendidik hati saya menerima Aida dengan hati yang ikhlas,” ujar Eirma dengan senyuman.
Mengenai Teater Takhta 3 Ratu, ada segelinitir pihak mengatakan jalan ceritanya seiras dengan kisah hidup Eirma namun dinafikan sepenuhnya olehnya dan menganggap ia tidak benar.
“Mana ada, tiada kena mengena dengan hidup saya, saya dah karang cerita ini sebelum Bade kahwin dengan madu saya.
“Astro tawarkan saya buat cerita epik berkaitan dengan Hang Tuah mahupun Sultan Mansor Shah tapi saya mengubahnya kepada sudut fiksyen mengikut daya kreativiti saya sendiri,” katanya.
Takhta 3 ratu sedang giat dipentaskan di Istana Budaya sehingga 22 Disember ini yang dibintangi oleh pelakon ternama seperti Awie, Erra Fazira, Remy Ishak, Izreen Azminda dan Beto Kusyairy.
0 comments:
Post a Comment