KLANG: Seorang juruteknik di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini, ditahan selepas dipercayai mencabul seorang wanita berusia 25 tahun di sebuah rumah sewa di Taman Gembira, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang merupakan penyewa di rumah sama dilaporkan masuk ke dalam bilik pengadu dalam keadaan bertuala dan tidak berbaju lalu mendekati pengadu dan bertindak memeluknya dari bahagian hadapan.
“Dalam kes yang berlaku pada pukul 8 pagi tersebut, pengadu bertindak menolak dan menepis tangan suspek, lalu berlari keluar dari biliknya untuk meminta bantuan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
“Bertindak atas maklumat pada hari yang sama, pada pukul 8 malam, sepasukan anggota dari Cawangan D7, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuat tangkapan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu,”katanya.
Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas tuduhan mencuri.
Suspek ditahan reman tiga hari sehingga 14 Januari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul kehormatan. – UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment