Tindakkan Anggota Polis Wanita Ini Dikecam Teruk Netizen Kerana Gara2 Sanggup Pergunakkan Pesalah

Badan beruniform main media sosial seperti merakam video untuk content pernah terjadi.

Perkara ini telah pun ditegur banyak kali kerana ianya tidak mengikut peraturan ketika sedang bekerja terutama badan beruniform.

Setiap individu yang bekerja di bawah majikan, pasti sedia maklum mengenai nilai dan etika ketika menjalankan tugas selaras dengan peraturan dalam sesebuah organisasi.

Apatah lagi sekiranya penjawat awam terutama badan beruniform, sudah tentu dilarang memburukkan reputasi kerana imej mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.

SANGGUP LANGGAR ETIKA DEMI CONTENT

Terbaharu, seorang anggota beruniform wanita menjadi bualan di laman Twitter apabila didakwa merakam sebuah video ketika bertugas sebelum memuat naik ke aplikasi TikTok.

Akaun @My_CrimeWatch berkongsi video 39 saat itu memaparkan anggota tersebut merakam dirinya yang beruniform serta seorang individu dipercayai ‘suspek’ atau Orang Kena Pengawasan (OKP) ketika dalam perjalanan ke mahkamah.

“Bermain aplikasi TikTok ketika sedang bertugas dan menyarung uniform adalah suatu perbuatan yg menyalahi budaya kerja.

“Tidak kiralah jika anda dari PDRM, ATM, Jabatan Penjara Malaysia, AADK & sbg nya. Apatah lagi jika anda menjadikan wajah OKP/OKT/suspek sebagai “content”,” tulis @My_CrimeWatch

“Sila beri laluan ye. Sis nak ke mahkamah ni,” tulis kapsyen dalam video berkenaan

Ciapan video tersebut diulang kicau sebanyak 5,400 kali dan menerima hampir 4500 tanda suka selain ratusan komen netizen yang mempersoalkan tatatertib kerja anggota itu dalam menjalankan tugas.

Malah, ada yang menyifatkan anggota terbabit ‘dahagakan’ perhatian demi meraih tontonan warganet sekali gus tidak mengambil kisah mengenai ‘aib’ individu yang duduk di sebelahnya.

Takde masalah, cari masalah. Semuanya demi secebis ‘like’? Tak salah kalau nak berTikTok, tapi janganlah pakai uniform. Sorang buat salah, habis semua pihak terkena tempiasnya!

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch via OMM

Share on Google Plus

About MJ

2 comments:

  1. Ada check tak uniform polis mcm mana? Main hentam ja....ingat polis je ke yang keje bawak orang ke mahkamah.... Penguatkuasa lain pun ada la...

    ReplyDelete
  2. BAHALOL. INI PENJARA. BUKAN POLIS. MCM TAK SEKOLAH JE. MATA TU NAMPAK POLIS JE KE

    ReplyDelete