sebenarnya masih ramai orang di luar sana yang memilih rupa paras pasangan yang cantik atau tampan kerana takut diejek oleh kawan-kawan sekeliling.
Sama seperti apa yang berlaku kepada seorang pemuda ini apabila dia ditinggalkan oleh kekasih kerana bentuk badannya yang besar telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tuanrafiq21, kelihatan dia menceritakan kisah cintanya yang telah mengubah dirinya daripada seorang berbadan gempal menjadi lelaki kurus dan bergaya.
Menurut pemuda tersebut, dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya hanya kerana badannya gemuk. Bekas teman wanitanya malu gara-gara ramai kawannya mengejek lelaki itu macam gajah dan tidak layak untuk bercinta dengannya.
Disebabkan kecewa, pemuda berkenaan nekad untuk menguruskan badannya untuk membuktikan bahawa dia juga boleh berubah. Apa yang lebih menarik adalah, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram iaitu dari 120kg ke 70kg.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
0 comments:
Post a Comment