Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi yang dialami seorang bayi, Muhammad Aus Azizul apabila dia dilahirkan tanpa bebola mata. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mata kiri bayi ini juga terdapat ketum-buhan.
Bebola mata terkeluar, berd.arah
Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, keadaan kedua-dua mata bayi berusia enam bulan ini hanya disedari selepas dia dilahirkan. Menurut ibu, Nurul Izzati Jaffar memaklumkan bahawa anak lelakinya itu kemudian dipakaikan mata p4lsu.
Tetapi lain pula yang jadinya apabila mata palsu pada kelopak kanan Aus sudah mulai longgar dan renggang disebabkan pertumbuhan fizikalnya. Menceritakan kisah itu, Nurul Izzati mengakui terkejut melihat keadaan mata Aus yang sudah berda-rah sedangkan pada pagi kejadian anaknya itu bermain seperti biasa.
Saya seolah-olah terputus nyawa ketika melihat sebelah matanya berdarah ketika bangun daripada tidur Subuh kelmarin.
Saya melihatnya dalam samar-samar gelap bilik sebelum perasan ada lingkaran hitam di sekeliling kelopak mata. Apabila buka lampu rupanya-rupanya darah. Dalam cemas saya lap darah itu dan memandikannya lalu bergegas membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Perbelanjaan makan kos yang tinggi
Selepas pemeriksaan, doktor telah membenarkan Aus pulang ke rumah selain memberi ubat titis antibiotik bagi mengelakkan jang-kitan ku-man. Bukan itu sahaja, kakak Muhammad Aus turut mengalami masalah kesihatan iaitu penya-kit as-ma dan memerlukannya menggunakan inhaler.
Tiga pakar memantau Aus dan apabila usia 4 tahun, dia akan memakai mata p4lsu yang kosnya antara RM500 sehingga RM1,000.
Difahamkan, Muhammad Aus merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi mereka masih belum menerima sebarang bantuan. Nurul Izzati mengakui segala perbelanjaan memakan kos yang agak tinggi memandangkan suaminya hanya memperoleh sebanyak RM1,500 sebulan manakala dia hanyalah suri rumah yang sedang cuba pelbagai inisiatif untuk menambah pendapatan.
Oleh itu, sekiranya ada sesiapa yang berhasrat membantu boleh salurkan ke akaun Nurul Izzati Jaffar Bank Islam 03018021281076 atau menghubunginya di talian 016-9517691.
Sumber: sinarharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
0 comments:
Post a Comment