Najib Razak Akhirnya ‘Bercerai’


 

Sebuah portal tempatan melaporkan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak kini beralih arah dan tidak meneruskan perjuangannya dengan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

Biar pun umum mengetahui Zahid adalah Presiden UMNO semasa namun sejauh mana Zahid mampu membawa hala tuju UMNO sering kali dipertikai akar umbi.

Menurut sumber yang berpangkalan di Pahang, Najib memutuskan beliau hanya boleh bertahan dengan berganding bahu dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Melihat pemikiran sedemikian, ternyata langkah Najib satu tindakan yang sangat komprehensif sekali gus boleh merealisasikan hasrat Keluarga Malaysia dengan lebih praktikal.

Hal ini demikian kerana matlamat Keluarga Malaysia dan misi 1 Malaysia yang pernah diperjuangkan Najib tidak jauh beza malah ada beberapa perkara ditambah baik.

Kata sumber lagi, kesepakatan ini tercetus apabila Perdana Menteri juga sedang aktif mencari sekutu bagi mendapatkan jawatan presiden UMNO.

“Jadi sokongan Najib dalam Umno sangat penting selain ia adalah perjanjian menang menang selagi Ismail menjadi perdana menteri.

“Setahun akan datang menjelang pilihan raya umum akan menyaksikan kerjasama padu antara beliau dan Najib,” ujar sumber menerusi portal MalaysiaNow.

Sumber juga berkata Najib memahami kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri dan kesannya terhadap pemimpin UMNO.

“Ini adalah era di mana anda kawal parti dengan menguasai kerajaan terlebih dahulu. Tidak seperti beberapa tahun lalu di mana jika Umno dapat dikuasai ia adalah jalan untuk menjadi Perdana Menteri.

“Najib menyedari perkara ini, di mana itulah sebabnya beliau meninggalkan Zahid yang dilihat sebagai presiden Umno paling lemah dalam sejarah parti,” katanya.

Sumber: MalaysiaNow


Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment