Ibu Sendiri Tampil Cerita Sebenar Kenapa Bekas Suami Halang Ibu Peluk Anak Di Mahkamah

Antara hubungan yang tidak boleh dipisahkan adalah hubungan antara anak dan ibu. Hubungan anak dan ibu satu hubungan yang tidak boleh dipisahkan kecuali m4ti.

Si ibu mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari dan besarkan dia, sudah semestinya seorang anak adalah hak kepada seorang ibu.

Sedih bila kita dengar kes penceraian apabila mereka (suami isteri) mempunyai anak, ini kerana sudah pasti akan ada hak penjagaan.

Sebelum ini si anak tidak runsing kerana tinggal bersama ibu dan bapa tetapi sekiranya mereka dipisahkan, nasib si anak belum tentu lagi samada akan tinggal bersama ayah atau ibu.

Bekas Suami Halang Ibu Ini Peluk Anak


Tular di media sosial satu rakaman video dimana kelihatan seorang wanita yang ingin memeluk seorang remaja lelaki tetapi dihalang.

Kejadian ini dikatakan berlaku di mahkamah syariah dan kelihatan beberapa anggota polis turut berada disitu.

Lelaki di dalam video dipercayai bekas suami menghalang bekas isteri yakni ibu kepada remaja itu untuk memeluk telah menimbulkan kekecohan di situ.


Rata rata netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana tidak membenarkan wanita ini untuk memeluk anaknya sendiri.

Si ibu tampil buat kenyataan ini.

“Setelah hampir 3 thn x dpt jumpa anak2, jgnkan jumpa nk call atau whatsapp pun x boleh….hari ni dpt mahkamah minta keterangan anak2.

Dpt la tgk anak2, nk pegang peluk sekejap pun x boleh….Allahhu…megahnye kau, belagaknye kau dgn kuasa duit kau, hari ni kau beli undang2.

Hari ni kau masih menang, kau masih berjaya dgn menindas org…. insyaallah..Allah maha adil, Allah tahu segala yg berlaku…kau boleh tipu mahkamah, kau boleh menang di mahkamah dunia ni….one day Allah akan rentap segalanya…ingat setiap kejahatan pasti ada balasan.

Manusia yg paling zalim adalah manusia yg pisahkan ibu dgn anaknye…..
Jgn terlalu selesa menganiaya org. Satu je nk ckp…walau apa pun yg aku terpaksa hadapi, aku sanggup hadap….namun aku x pernah menyesal bercerai dgn kau.”

Apa pun semoga perkara ini dapat diselesaikan antara mereka berdua. Walaupun sudah berpisah tetapi mereka haruslah fikir masa depan anak mereka kerana itu sahaja yang hubungan tidak dapat dipisahkan.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment