Empat lelaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) membawa seorang wanita yang mabuk dan diberikan dadah dari sebuah kelab malam sebelum mangsa dirogol bergilir-gilir dan dibunuh, lapor Daily Mail.
Mangsa, Nong Gift, 21, sebelum itu menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara (Champions League) bersama rakan-rakannya Sabtu lalu di Chanthaburi, Thailand.
Bagaimanapun, peniaga kosmetik berkenaan tidak sedarkan diri yang kemudian datang empat suspek yang mendakwa mempunyai pertalian darah dengan mangsa, dan dibawa keluar dari kelab itu pada jam 2 pagi untuk 'membawanya' pulang ke rumah.
Empat suspek termasuk salah seorang yang mengenali mangsa, membawa mangsa ke sebuah hutan terpencil di mana mangsa dirogol bergilir-gilir sebelum dipukul sehingga mati.
Suspek, Nattaphong Saenkraud, Patti Boonthal, Panya Chan Somdee dan Suitsit Jaechim, dalam keterangan kepada pihak polis mengaku terlibat dalam kejadian itu dan dibawa ke lokasi kejadian pada Rabu lalu untuk siasatan.
Video rakaman CCTV menunjukkan empat suspek mengangkat mangsa keluar dari pusat hiburan itu dan meletakkannya di belakang trak dengan bantuan salah seorang wanita yang juga rakan mangsa, di mana dia menyangka sekumpulan lelaki itu akan membawa Nong pulang ke rumahnya.
Jeneral Polis Charn Jitjunjun berkata, "Mangsa ditemui mati di malam kejadian. Empat suspek telah ditahan dan mereka mengaku terlibat dalam kejadian itu.
"Mangsa telah dirogol empat suspek dan kami percayai mangsa telah dipukul sehingga mati.
"Mayatnya di temui dalam keadaan mulut berbuih, hidung berdarah dan sebahagian pakaiannya ditemui berhampiran tempat kejadian," katanya.
Wanita yang bersama Nong pada petang kejadian itu berkata, dia meninggalkan Nong bersama sekumpulan lelaki itu kerana menyangka Nong berkawan dengan mereka.
Empat suspek berjaya ditahan polis pada Ahad lalu selepas polis menggunakan CCTV untuk mengesan kesemua suspek.
Bagaimanapun, salah seorang suspek yang mengenali mangsa mendakwa dia hanya memandu kereta dan membawa mangsa dan tiga suspek lain ke lokasi kejadian di mana mangsa dibunuh.
Charn Jitjunjun berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa diberikan dadah atau tidak, serta punca sebenar kematian mangsa.
"Siasatan masih dijalankan. Ada saudara mangsa mendakwa Nong telah diberikan dadah kerana mangsa pernah minum alkohol sebelum ini dan tidak pernah menunjukkan keadaan yang teruk seperti itu.
"Ketika kesemua suspek dibawa ke lokasi kejadian, ramai saudara dan rakan-rakan mangsa cuba menyerang suspek, namun polis berjaya mengawal keadaan," katanya.
0 comments:
Post a Comment