Nampaknya insan bernama Firdaus Wong Wai Hung semakin menjadi sebutan apabila aktif membantu mngsa-mngsa gangguan sksual.
Firdaus yang sebelum ini hanya berdiam dan menyerahkan segala bukti kepada pihak polis akhirnya berkongsi bahan bukti itu di Telegram.
Beliau mengatakan tujuan perkongsian itu adalah untuk menjadi pengajaran kepada semua dan telahpun mendapat izin keluarga mngsa.
Tapi kita bukan nak bahas mengenai perkara ini.
Siapa sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung?
Firdaus Wong Wai Hung yang kini berusia 38 tahun adalah seorang pendakwah bebas selepas memeluk agama Islam pada 10 Ogos 2005.
Firdaus yang sebelum itu menganut agama Buddha meninggalkan agama itu pada usia 18 tahun dan menjadi seorang pemikir bebas atau free thinker.
“Saya meninggalkan Buddha pada usia 18 tahun dan menjadi seorang pemikiran bebas (free thinker).
Ketika itu, saya bebas melakukan apa saja termasuk minum arak, berjudi dan pergi ke kelab malam.
Apabila berhijrah ke Kuching, saya berasa agak sunyi berbanding tinggal di ibu kota.
Ketika itulah saya berfikir tentang tujuan hidup ini dan keinginan masuk ke syurga selepas mati.” – Kongsi Firdaus.
Siapa sangka Firdaus Wong yang berbangsa Cina pernah menjadi pemain bola sepak kebangsaan.
Kisah ini dikongsikan beliau di Telegram miliknya di mana dia telah bermain dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun pada 2002.
“Masa itu masih belum Islam. Antara player yang saya masih ingat dalam skuad ialah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani.
Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin.”
Firdaus turut berkongsi gambar menunjukkan dirinya terlibat dalam Kejohanan Piala Nike 1998 di PULAPOL.
Beliau yang mewakili Kuala Lumpur menentang Sarawak dan berjaya menjaringkan 2 gol walaupun dalam posisit tahanan.
Pasukannya pada waktu itu telah membelasah Sarawak 11-0.
Pernah dipulau kawan-kawan
Situasi ini pastinya akan dilalui oleh setiap individu yang membuat keputusan untuk menukar agama.
Firdaus Wong yang dipulau rakan-rakan bagaimanapun kuat dan tidak pernah terfikir untuk mengubah keputusannya untuk terus bersujud kepada Allah.
“Mereka bebas memilih agama yang dianuti dan begitu juga saya. Lagi pula, saya seorang yang degil, tiada siapa yang berani halang keputusan saya.”
Sanggup lepaskan jawatan tinggi dengan gaji lima angka
Nama Firdaus Wong ini semakin mendapat perhatian apabila beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai ketua pengurus kewangan di sebuah syarikat antarabangsa pada tahun 2013 demi mencari keredaan Allah SWT.
Beliau kemudian menubuhkan pertubuhan Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada orang Muslim dan orang bukan Islam di seluruh dunia.
“Saya sanggup meninggalkan semuanya semata-mata untuk berdakwah.
Ia bukan satu pengorbanan, tetapi salah satu cara saya menunjukkan rasa cinta kepada Allah SWT.
Perkara sama turut dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup meninggalkan harta dan ahli keluarga mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah bagi menyebar luas Islam.”
Itulah serba sedikit kisah yang pernah dikongsikan Firdaus Wong Wai Hung tentang dirinya.
Semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat menjadi contoh baik buat kehidupan kita.
Kredit: Telegram Firdaus Wong
0 comments:
Post a Comment