Bercinta Lima Tahun Tapi Si Lelaki Tak Bekerja Ajak Kahwin, Sekali Ini Komen Padu Anju.

Zarina Anjoulie Nasihat Gadis & Janda Jangan Bela ‘Biawak Hidup’ – “Kalau Hubungan Tak Jadi, Kau Juga Yang Salah…”

Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie menyuarakan pendapat mengenai soalan pengikutnya tentang adakah patut jika seseorang wanita itu memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, wanita berusia 34 tahun itu berkata, jangan sesekali terlanjur berkahwin dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab jika tidak mahu merana diri pada kemudian hari.

“Saya dapat banyak pesanan peribadi (DM) daripada gadis muda dalam lingkungan 20-an serta janda yang bertanyakan nasihat saya. Jadi saya buat video untuk berkongsi pendapat.

“Ramai bertanya kepada saya, adakah mereka patut teruskan perkahwinan jika lelaki yang ingin dikahwini itu tidak mempunyai pekerjaan? Jawapan saya, jangan kahwin. Kalau dia nak kahwin dengan kamu, kalau dia sayang kamu, dia akan tunjuk usaha untuk kerja dahulu.

“Bukannya selepas berkahwin baru dia mahu mencari kerja. Ia merupakan satu perangkap yang dia mahu jadi penganggur, untuk dia jadi biawak hidup, supaya kamu bekerja untuk dia,” katanya.

Kongsi Anjoulie, jangan sesekali berasa kasihan dan meletakkan keyakinan bahawa mereka akan berubah selepas berkahwin.

“Jika dia nak berkahwin dengan kamu, dia akan tunjuk usaha yang dia boleh jaga kamu. Lebih baik tolong saudara mara kamu atau ibu bapa kamu, atau tolong diri sendiri. Tak perlu tolong anak orang ni.

“Sebab kalau hubungan tidak menjadi, kamu juga yang salah. Semua orang akan salahkan kamu dan berkata kenapa kamu berkahwin dengan dia sedangkan kamu sudah tahu yang dirinya tidak mempunyai kerja,” tegas Anjoulie lagi.

Begitupun, Anjoulie berkata, jika ada lelaki yang pada asalnya mempunyai karier yang bagus tetapi kini hanya bekerja biasa akibat pandemik boleh diberi sokongan.

“Katakan si dia kehilangan kerja dan sekarang membawa Uber atau berniaga, itu tak mengapa. Orang seperti itu memerlukan sokongan kerana dia cuba untuk berjuang untuk dirinya dan kamu. Support dia dan jangan downkan dia. Lelaki seperti ini yang sepatutnya kita hargai,” jelas Anjoulie lagi.


Terdahulu, sekitar Februari 2021, Zarina sah bercerai dengan Eilyas selepas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020. Namun, mengikut kenyataan Zarina di Instagram, mereka rujuk semula pada Mac 2021.

Untuk rekod, Zarina juga pernah berkahwin dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber : gempak.com


Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment