Pelik tetapi itulah hakikatnya, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan seorang ibu yang tergamak mencabuli anaknya yang berumur 2 Tahun. Kejadian ini berlaku di Indonesia.
Berdasarkan laporan daripada iNews Indonesia, Ibu tersebut bukan sahaja mencabuli anaknya berumur 2 tahun malah merakam perbuatan tidak bermoral itu lalu menghantar video tersebut kepada suaminya.
Berdasarkan laporan juga, suami wanita terbabit tinggal bersama isteri pertamanya di Pulau Lombok dan dikatakan tidak dapat pulang ke rumah isteri kedua akibat Covid-19. Perkara ini menjadi alasan kepada wanita terbabit melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu.
Alasan Ibu berkenaan adalah kerana sudah lama tidak mendapat nafkah batin daripada suaminya yang tidak pulang akibat pandemik - Pihak Polis
Walau bagaimanapun, video yang disimpan wanita terbabit telah terbongkar apabila ianya diketahui anaknya yang lain dan kemudian dihebahkan kepada ahli keluargaa yang terdekat. Akhirnya, pihak keluarganya membuat keputusan untuk melaporkan kepada pihak polis.
Berikutan perkara ini, wanita terbabit akan disabitkan atas Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dan jika didapati bersalah akan dipenjara maksimum 15 Tahun dengan denda maksimum sebanyak lima ribu juta rupiah.
Diharap perkara ini menjadi pengajaran buat semua. Jangan disebabkan emosi dan hawa nafsu membuatkan kita hilang pertimbangan dan akal.
Sumber : iNews Indonesia
0 comments:
Post a Comment