Padah! Gara-gara janda melacur untuk sara tiga anak

 

KUCHING: Kerana mahu meneruskan kelangsungan hidup menyara tiga anak, seorang ibu tunggal sanggup mengadaikan maruah.

Ibu tunggal terbabit menjalankan aktiviti pelacuran dengan bayaran RM50 bagi setiap pelanggan.

Bagaimanapun, wanita terbabit ditangkap menerusi penyamaran anggota lokasi sebagai pelanggan di Jalan Sekama.

Ketika kejadian, sepasukan anggota polis melakukan serbuan di sebuah premis di LSL 9, Jalan Sekama sekitar 9.00 malam, 15 November 2019.

Hasil serbuan mendapati tertuduh bersama pelanggan dan anggota polis yang bertindak sebagai agen penyamaran.

Wanita berusia 49 tersebut didakwa dan mengaku  bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali hari ini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit bersalah.

Tertuduh memohon agar hukuman diringankan kerana terpaksa melakukan kesalahan tersebut untuk menyara keluarga.

Tertuduh diperintahkan berkelakuan baik selama dua tahun dengan bon RM5,000 dan seorang penjamin oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment