Mereka Semakin MeIampau, Sanggup Buat Grup Semata-mata Nak Sebarkan Rakamn Mirip UEL

Di laman media sosial, heboh apabila seorang pengguna laman twitter dengan nama @ferdaus____ telah berkongsi pautan telegram membongkarkan kisah pendakwah bebas, UEL.

Video-video yang begitu mirip dengan wajah UEL. Malah video tersebut tidak ‘censored’ atau ditapi ssebelum di muat naik.

Tak Sanggup Nak Tengok

Sehingga artikel ini ditulis, telegram ini telah memuatnaik 5 video berkaitan dengan pendakwah bebas itu.

Malah beberapa foto screen shot perbualan telah dikongsikan.

Murai MY berkesempatan melihat sendiri saluran telegram tersebut, sememangnya kami sendiri tak sanggup untuk melihat kesemua video yang dikongsikan.

Sehingga kini, kebanyakkan video yang dimuatnaik telah mendapat lebih dari 90 ribu tontonan dan telegram ini telah terisi dengan 17.7 ribu subscribers.






Kami sarankan anda jagan ikuti saluran telegram ini kerana takut anda tidak selesa dengan video-video yang dipaparkan.

Kami juga berharap sangat video-video ini tidak sahih dan fitnah semata-mata.

Tetapi sekiranya ia sahih, mangsa gangguan seksual harus mendapat pembelaan dan yang salah harus dikenakan tindakan undang-undang.

Kita doakan yang baik-baik sahaja lah.

Susulan daripada pelbagai pendedahan yang dibuat oleh warganet dan juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengenai UEL, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran.

Mohon Ebit Tampil Beri Pencerahan

Menerusi laman Instagram nya, PU Syed yang juga pendakwah bebas meminta UEL untuk tampil memberikan pencerahan sama ada menyangkal dakwaan tersebut atau menyaman mereka yang cuba memfitnahnya.

Terdahulu, Firdaus mendedahkan rakaman suara dan juga beberapa tangkap layar perbualan bersama mangsa yang dikatakan milik Ebit.

Pendedahan itu dibuat Firdaus menerusi siaran Telegram dan semua bukti telah pun diserahkan kepada pihak polis.

“Pendedahan demi pendedahan ‘yang berani’ telah dibuat terhadap UEL..

Maka ambe(saya) minta UEL agar tampil kehadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yg ente(awak) anggap telah memfitnah ente(awak)..

Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers ente(awak) perlu diberi pencerahan setuntasnya.isu “panas” yang sedang terpalit ini.

“Namun janganlah memahami kaedah ini dgn menyatakan hanya dengan bersumpah selesai..

Sebab sebagai orang yang beriman, jika kita lolos seperti sajat ke Thailand dengan berselidung disebalik sumpah di dunia..

Di akhirat belum tentu kita akan semudah di dunia untuk mendpatkan kabel di akhirat sana” ujar Syed

PU Syed Mahu Kes Diadili Sebaik-Baiknya

Dalam pada itu, Syed akui sifat bersangka baiknya terhadap UEL semakin menurun berikutan mendapat tahu mangsa mula membuat laporan polis.

Meskipun menerima beberapa buah video yang dikatakan sebagai bukti, namun Syed bertindak untuk terus memadamnya selain mengharapkan isu tersebut dapat diadili dengan sebaik-baiknya.

“Ada beberapa video yg ambe(saya) dapat..dari hamba Allah namun ambe(saya) terus padamnya serta memadam no orang menyalurkan video tersebut kerana masih bersangka baik bahawa ianya adalah “penipuan”..

“Namun bila ramai para asatizah(ustaz dan ustazah) muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh “mangsa”.

Maka sangka baik ambe(saya) semakin mengendur dan ambe(saya) berharap isu ini dapat diadili dengan sebaiknya serta membongkar kisah sebenarnya..

“Biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana.

Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua..namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat.

Apatah lagi jika muncul dari orang yang dihormati oleh masyarakat.

Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan utk menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Taasub pengikut juga adalah satu barah, taasub kepada kebaikan suatu yg dipuji syarak tetapi jika taasub secara melulu.

Sehingga tidak nampak langsung buruk yg sedang ditampal adalah suatu yang mendukacitakan” pesan Syed lagi

Dalam perkembangan berkaitan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan UEL selepas polis mengambil keterangan mangsa yang membuat laporan.

Sumber : trendingkinipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment