Siapa saja yang tak kenal dengan UEL? Figura dakwah ini ‘mencuri’ hati seluruh rakyat Malaysia atas kerja-kerja kebajikan dan dakwah yang dijalankannya.
Mungkin kita sering membaca penulisan-penulisannya di Facebook tentang misi bantuan kemanusiaan yang beliau bersama pasukannya jalankan.
Namun, ada satu ‘sejarah’ tentang kisah silamnya yang kita mungkin belum tahu, bagaimana jatuh bangun UEL selama ini sehingga berjaya ke hari ini.
Baru-baru ini, pendakwah bebas merangkap rakan baik UEL, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria berkongsi pengalaman hidup bersahabat dengan UEL sejak beberapa tahun dahulu.
Mari hayati kisah ini.
Bismilllah. Terpanggil untuk berkongsi kisah inspirasi ini untuk followers saya.
Saya antara sahabat yang menyaksikan UEL, orang yang betul-betul susah, miskin, dihi1na, dikenakan, diketawakan.. Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yang bukan sedikit.
UEL ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. UEL baru bertunang.
Kami ada dalam lima orang sahabat baik di office waktu tu. Tiga lelaki dan dua perempuan.
Di office ni tak ramai perempuan. Penceramah perempuan dua orang sahaja. Semua sekali lima staf perempuan dan 20 staf lelaki.
Dulu kami kerja selang satu meja waktu di company Dato’ Fadzilah Kamsah.
UEL ni antara yang selalu datang kumpul depan meja saya bercerita kisah nabi dan sahabat (RA).
Di depan meja saya, ada tikar kecil yang comel dan carpet-carpet yang cute. Kawan-kawan ni akan sengaja pijak-pijak carpet cute dan lembut ni untuk legakan kaki.
Dan kalau dikira dekorasi tempat meja saya paling lawalah waktu tu di office tu.
Jadi selalu geng berlima ni bawa makanan, letak di tikar saya, duduk di lantai dan makan di situ.
Ada satu ketika, UEL bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sangat.
Saya beli barang-barang hiasan dan hias dengan bunga-bunga warna putih waktu UEL sedang cuti kerja.
UEL ni takde satu hari tak sembang kisah nabi. Kalau dengar UEL bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah-kisah sahabat.
Bila dia ada masalah, dia datang cari saya dan terus cerita ‘pung pang pung pang’ apa orang kutuk dia.
Selepas dua bulan kerja di office yang sama, UEL ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call saya kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya.
Saya pilih dan minta kedai gubahkan dengan sangat cantik. Tak lama saya terima WhatsApp gambar isteri UEL pegang bunga tu dengan senyum manis. Ya tuhan, hati saya sangat-sangat berbunga.
Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. UEL transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup-cukup. Kata dia,
“Cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, UEL dah puas hati,”
Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian-sekian tempat, saya tanya dia,
“UEL.. UEL nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” (soalan saya 14 tahun dulu waktu tak faham ‘hakikat memberi’) dan saya tahu dia memang tak ada duit.
UEL jawab, “Takpe Laila.. Keluar je jemaah dulu.. Nanti Allah ganti,”
Dulu keretanya buruk sangat-sangat. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Orang ketawakan dia.
Kawan-kawan kata, “UEL.. Kau pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Siapa nak dengar cakap kau.. Siapa nak dengar kau ceramah.. Tak laku,”
Memang orang kenakan dia cukup-cukup, ketawakan dia cukup-cukup.
Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yang dia nak buka 10 cawangan tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dalam dua bulan.
Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam-macam perancangan dia yang dia bagitahu saya, Allah bagi semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!
Sampai kes orang sakit hati, ugut ke, tu perkara biasa.
Sampai dia kata, kadang UEL rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.
Tapi saya tahu, tu kata-kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada dakwah nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha Illallah tu tak pernah mati.
Macam kita lah, rasa nak lari kan kalau dah tekanan banyak sangat. Macam nak tinggal semua.
Pada saya, daripada susuk tubuh seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah berubah. Tetap sama. MashaAllah. Tabarakallah.
Amalan dia yang saya takkan lupa yang saya tengok di office selama empat tahun tiap-tiap hari tanpa gagal:
- Rajin sangat-sangat usaha
- Qailulah
- Cara tidur ikut sunnah nabi
- Selalu belanja kami
- Senyum setiap hari
- Menangis bila berdoa
- Dhuha enam rakaat dan lebih
- Solat berjemaah di masjid dan dah bersiap awal ke masjid tanpa gagal
- Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal
- Amalan memberi hadiah buat isteri
- Berbuat baik dengan mak ayah, adik-beradik dan mak ayah isteri (mertua)
- Keluar dakwah
- Amalan doa khusus
Nampak macam biasa-biasa. Kita pun tahu amalan tu. Tapi dia ada amalan memaafkan orang dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.
Dan amalan ni dia buat sungguh-sungguh. Dan itu saya kira antara amalan paling mahal dia ada.
Oh ya, lupa satu doa dia, tiap kali jumpa siapa pun,
“Ya Allah berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya,”
Sama ada orang itu orang soleh atau kelihatan sebaliknya.
Noor Laila Aniza binti Zakaria
Sumber: Siakap Keli, Facebook Noor Laila Aniza binti Zakaria
0 comments:
Post a Comment