“Rindu seorang ayah,” tulis pelawak dan pelakon, Shuib sebagai keterangan terhadap video mengenai bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram Story itu, Raissuddin kelihatan sedang duduk sendirian di luar balkoni kediaman Shuib.
Paling menyentuh perasaan, apabila bekas penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an ini memainkan lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah yang juga anaknya di telefon bimbit.
Lagu yang dimuatkan dalam album pertama Siti Sarah pada 2002 ini membawa kenangan tersendiri apabila meledakkan namanya di persada industri nyanyian tanah air.
Kejayaan ini terhasil menerusi kerja keras Raissuddin yang sering membawa Siti Sarah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehinggalah diambil sebagai penyanyi rakaman sebelum mencipta populariti.
Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) , jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu akibat Covid-19.
“Boleh jumpa,Cuma lain suasana”
Selepas tvlar gambar bapa arwah merenung ke lua rjendela, Shuib telah memuat naik satu gambar dia sedang menziarahi kvbur arwah Siti Sarah
Rata-rata netizan tumpang bersedih dan turut mendoakan arwah
Terdahulu, sebaik menerima khabar du.ka pemergian anak tercinta, Siti Sarah ke rahmahtullah, dunia Raissuddin Hamzah sepi secara tiba-tiba.
Kata Raissuddin, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kepiluannya melepaskan pujaan hatinya itu untuk kembali ke sisi ALLAH SWT.
” Dunia ini sesepi-sepinya, itulah yang boleh jelaskan perasaan saya. Tiada kata-kata lain yang boleh menjelaskan kedudukan saya selain sepi,”
Raissuddin berkata demikian sewaktu menjawab soalan media sebaik selesai majlis bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyrham Siti Sarah melalui aplikasi Zoom pada Selasa malam (10 Ogos).
Itu merupakan kali pertama Raissuddin yang juga seorang penyanyi terkenal di era 1980-an berkongsi perasaanya dengan wartawan selepas 24 jam anak tercintanya kembali ke rahmahtuIIah selepas beberapa hari bertarvng ny4wa akibat jngkitan COVlD-I9.
Kembali mengingati detik-detik dimaklumkan berita sedih itu, Raissuddin berkata, masih jelas di ruang fikirannya bagaimana menantunya, Shuib datang berlutut dan memberitahunya dalam nada yang sangat tenang.
” Shuib datang ke bilik saya dengan senyum. Shuib duduk berlutut depan saya dan beritahu dia mahu ke hspital dan berkata… Siti (Sarah) dah tak ada abah,” cerita Raissuddin dalam nada seb4k.
Sekalipun sukar untuk menerima erti kehilangan, Raissuddin dalam masa sama berlapang dada menerima qada dan qadar, apa lagi anaknya itu dijemput mengadap Allah dalam penuh kemuliaan.
” Dia seorang anak yang cukup baik, tak pernah bantah, tak pernah lawan cakap saya, ikut apa sahaja saya cakap… dia juga anak yang sangat manja,” kata Raissuddin dalam nada tersekat-sekat.
Siti Sarah, kata Raissuddin, akan kekal di sanubarinya sebagai anak yang soleh dan telah banyak memberi kegembiraan bukan sahaja pada keluarga bahkan kepada seluruh masyarakat.
” Apa yang saya harapkan, marilah kita sama-sama mendoakan dia, doakan Siti Sarah agar dia tenang di sana,” ujar Raissuddin yang baru sahaja selesai menjalani kuarantin selepas turut dij4ngkiti COVlD-I9.
Siti Sarah yang juga seorang penyanyi terkenal tanah air menghembvskan nfas terakh1r pada 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Unit Rwatan Rapi (ICU) Hspital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
View this post on Instagram
Selain suaminya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, Allahyrham Siti Sarah turut meninggalkan empat anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.
Siti Sarah yang terpaksa ditidurkan, melahirkan Ayash melalui pembdahan tanpa sedar sekitar pukul 5 petang.
Jenazah Allahyrham Siti Sarah selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, sekitar pukul 1.20 tengah hari Isnin.
View this post on Instagram
Allahyrham Siti Sarah dikebvmikan di tanah perkubvran sama dengan ibunya, Allahyrham Noor Aini Mohamad yang meninggI dnia pada 26 Jun 2013 akibat kompIikasi pelbagai pnyakit.
0 comments:
Post a Comment