Salah seorang pekerja restoran itu kemudian datang ke kaunter untuk menjelaskan kepadanya sekali lagi bahawa mereka tidak dapat membuat piza pada hari itu kerana oven mereka rosak akibat disambar petir.
Namun wanita berkenaan masih tidak ingin menerima kenyataan itu dan tetap berkeras untuk mendapatkan piza dengan menengking-nengking dan bertanya bermacam-macam soalan tidak masuk akal, membuat pekerja Pizza Hut itu kelihatan tertekan.
Video tersebut buat netizen geram, malah ada yang terhibur dengan suara amoi tersebut yang sengaja bagi stress.
Setelah saya selidik facebook pelanggan ini yang menggunakan nama Aminah Abdullah@ Dr Chuah Min Hooi , beliau merupakan seorang pensyarah di Fakulti Teknologi Informasi dan Maklumat di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak.
Di laman Facebook beliau, banyak di kongsikan foto makanan yang mungkin menjadi kesukaan beliau bersama beberapa foto rakan sekerja .
Ada juga dikongsi kan gambar bersama bapa beliau sewaktu menerima ijazah, namun yang lebih menarik, di kongsikan juga gambar dengan signature pemain badminton negara seperti Datuk LCW, Koo Kean Keat, Kuan B Hoong.
Namun ada beberapa status sedih dan foto muka beliau berdarah serta laporan polis yang mengatakan beliau dipukul oleh bapa beliau kerana membeli tiket wayang. Ada juga satu laporan polis yang mengatakan kereta beliau cuba di ambil oleh seseorang kerana lelaki itu memaklumkan bahawa itu adalah kereta milik orang lain.
Dari posting dan beberapa gambar menunjukkan Dr. Chuah Min Hooi mungkin seorang pesakit Artritis atau kelainan upaya ( berpandukan keadaan fizikal beliau di dalam gambar).
Banyak cerita dan peristiwa telah berlaku pada dirinya yang kita tidak tahu menyebabkan beliau berkeadaan begini sekarang.
Untung nasib manusia tidak sama, ada yang gembira ada yang berduka.. hanya mereka sendiri tahu apakah cerita duka yang terjadi dalam perjalanan hidup mereka.
Persoalan belum terjawab kenapa dia tukar nama dari Chuah Min Hooi ke Aminah Abdullah? Apa komen anda?
Kredit Gambar : FB Aminah Abdullah
#pijahat #kampar
0 comments:
Post a Comment