Boleh dikatakan setiap orang yang menginjak usia dewasa mesti mahu memiliki kenderaan sendiri demi membantu menjalani kehidupan seharian dan untuk keselesaan hidup mereka.
Membeli kereta biasanya dilakukan dengan membuat pinjaman ataupun membayar secara tunai bagi mereka yang berkemampuan. Di negara China baru-baru ini, tular mengenai seorang lelaki yang mahu membeli sebuah kereta untuk anaknya yang berharga 51,000 yuan (kira-kira RM33 Ribu).
Bukanlah sesuatu yang pelik untuk membeli kereta secara tunai namun kakitangan di premis jualan kereta itu tergaman dan berkerut kening selepas pelanggan itu mahu membayar dengan duit syiling yang disimpan dalam 10 beg.
Walaubagaimanapun, duit tetap duit tanpa mengira duit syiling atau duit kertas. Selepas berfikir sejenak, penjual kereta itu pun segera meminta bantuan lebih 20 pekerja yang lain untuk membantu mengira duit syiling yang diisi dalam 10 beg tersebut.
Akhirnya, mereka berjaya mengira kesemua duit syiling tersebut selepas mengambil masa lebih 3 jam. Pelanggan mereka yang bekerja dalam bidang perusahaan tepung itu pula gembira kerana dapat membelikan kereta tersebut untuk anaknya. Staff Penjual Kereta Terkejut Didatangi Pelanggan Mahu Beli Kereta Untuk Anak, Bayar Guna 10 Beg Berisi Duit Syiling
Kakitangan premis tersebut mengakui itu adalah kali pertama dia berurusan dengan pelanggan yang membuat pembayaran sedemikian. Kebiasaannya jika pelanggan membeli
Kisah pembeli itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen terkejut namun pada masa yang sama memuji premis terbabit yang menerima cara pembayaran sedemikian. Ada juga yang memberikan pendapat agar premis terbabit menggunakan kaunter duit syiling.
Seorang netizen lagi mencadangkan jika ada kes serupa, mereka boleh membawa duit itu ke bank yang ada mesin mengira duit syiling agar lebih menyenangkan.
0 comments:
Post a Comment