Sejak usia 6 enam tahun hingga 18 tahun hampir setiap hari jadi mangsa pemuas nafsu bapa durjana

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMASKINI] Seorang bapa durjana yang tergamak merogol anak gadisnya selama 12 tahun sejak mangsa berusia enam tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 45 tahun yang melarikan diri itu berjaya ditahan polis di kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam kira-kira jam 4.45 petang pada Jumaat.

Shafee berkata, hasil keterangan mangsa yang kini berusia 18 tahun, gadis itu memberitahu bahawa dia telah dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh suspek sejak berusia enam tahun dan perkara tersebut berlaku hampir setiap hari.

Menurutnya, kejadian terbaharu yang menimpa mangsa pada Selasa lalu apabila gadis berkenaan dicabul oleh bapanya yang berusia 45 tahun ketika berada di rumah pada jam 6.30 pagi.

"Kejadian berlaku semasa mangsa berada di ruang tamu rumah dan didatangi bapanya yang kemudian merabanya.

"Ketika itu emak mangsa berada di dalam bilik air dan apabila keluar, lelaki itu terus memberhentikan perbuatannya," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Shafee berkata, hasil keterangan, gadis berkenaan memberitahu bahawa dia telah dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh suspek yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang itu sejak mangsa berusia enam tahun dan perkara tersebut berlaku hampir setiap hari.

Katanya, mangsa tertekan dengan kejadian tersebut namun tidak melaporkan kepada pihak polis untuk mengelakkan ibu bapanya bercerai.

"Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik.

"Suspek didapati memaksa pengadu melakukan hubungan seks sejak beliau berumur enam tahun dan pernah meliwat mangsa ketika dia berumur 15 tahun tanpa pengetahuan emaknya.

"Kejadian ini berterusan sehingga kejadian terkini pada 25 Mei baru-baru ini," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki merogol anak gadisnya sejak mangsa berusia enam tahun lagi di Taman Seri Delima di sini.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment