Cerita sebenar video tular lelaki jatuh di lantai hospital sehingga maut tiada jururawat tolong

SUNGAI PETANI: Video berdurasi 37 saat memaparkan pesakit lelaki berusia 60-an terjatuh di lantai sebelum meninggal dunia di Hospital Lama, di sini, tular dalam media sosial kerana didakwa berlaku akibat kecuaian doktor dan jururawat.
Video dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) itu menunjukkan pesakit terbabit yang memakai kain tanpa baju, berjalan dalam keadaan lemah sebelum dia terjatuh.
Pemilik akaun FB berkenaan yang tidak diketahui sama ada mempunyai ikatan keluarga atau sebaliknya, meninggalkan hantaran mendakwa pihak hospital bersikap sambil lewa tanpa memberikan bantuan kepada mangsa.
Antara kandungan petikan ditulis pemilik FB terbabit mendakwa walaupun sudah hampir setengah jam mangsa terjatuh, namun doktor dan jururawat bertugas gagal mengambil tindakan serta-merta merawatnya.
Malah, pemilik akaun FB itu dalam tulisannya juga mendakwa apabila pesakit lain melaporkan kejadian itu kepada jururawat, mereka pula disuruh petugas kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap pesakit yang jatuh berkenaan.
Arahan itu didakwa diberikan jururawat kepada pesakit yang membuat laporan bagi memastikan mangsa yang terjatuh itu masih bernyawa atau tidak.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung isu ini.
"Kita masih mengumpul maklumat lengkap dengan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dari pelbagai aspek.
"Setakat ini, apa yang hanya saya boleh sahkan video tular itu lokasinya memang di hospital lama," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes kematian pesakit terbabit.
- HM

Sumber video : https://www.facebook.com/The.berita2020/posts/111333051267891
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment