Bila kantoi curang, suami ckp x da niat dia yg digoda. Aku call tanya pmpuan tu, tp alasannya bg bt aku seram. Patut bnyk benda pelik berlaku di rumah. Bila dikorek cerita rupa-rupanya..

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan Hi semua warga pembaca. Aku wanita di penghujung 30an. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Aku sudah berkahwin hampir 10 tahun lamanya. Aku juga bekerja didalam bidang profesional.

Suami ku pula bekerja sebagai supervisor disebuah kilang. Pendapatan ku jauh lebih banyak berbanding suamiku. Aku adalah breadwinner untuk keluarga kecil ku ini.

Kisah cinta aku dan suami agak romantis, kami sekampung dan satu sekolah. Bercinta sejak aku berada di tingkatan 2 namun terputus di tengah jalan semasa aku sedang belajar di Universiti.

Beberapa tempoh berlalu. Aku mendapat perkabaran, suami sudah berkahwin dengan wanita lain. Aku sedih tapi aku perlu move on. Mungkin jodoh aku memang sudah tertulis. Selepas hampir 3 tahun berkahwin. Suami bercerrai. Mereka mempunyai 2 orang anak.

Daripada apa yang aku tahu, punca pencerraian suami adalah disebabkan bekas isteri aku nama kan dia ‘Darling’. Darling terlalu kuat cemburu buta. Tidak melayan suami seperti yang sepatutnya. Ini yang aku tahu daripada suami.

Aku merasakan bahawa ini peluang terbaik untuk aku mendekati suami. Suami ku menyambut baik perasaan aku. Dan kami mula bercinta semula kemudian mendirikan rumah tangga bersama.

Aku dan suami ku sebaya. Suami seorang yang ringan tulang dan sering membantuku dirumah. Malah anak anak juga sangat sayangkan suami. Namun, suami sangat culas dalam menjalankan perintah Allah. Solat hanya bila pulang ke kampung. Puasa pun hanya di hari minggu.

Namun, bukan ini yang ingin aku ceritakan. Penghujung tahun lepas, aku mula merasakan perubahan suami. Suami bersikap dingin dengan ku. Kerap pulang lambat dari kerja.

Suami juga mula meletakkan password pada smartphone. Kami pernah bergaduh sebab aku nak siasat telifon milik suami. Dengan tiba tiba suami naik angin dan menghempas telefon. Kaget!!

Aku yakin ada yang tak kena. Deria isteri tak pernah salah. Setelah cuba berkali kali aku berjaya membuka password telefon suami.

Alangkah terkejutnya aku. Hancur berkecai hati aku. Suami yang aku sayang, sedang berkasih dengan perempuan lain. Aku baca conversation mereka. Yang lebih memeranjat kan aku, perempuan tersebut merupakan isteri orang.

Aku screenshot perbualan mereka. Semua bukti aku simpan. Dan aku confront suami keesokkannya. Terduduk suami. Berulang ulang meminta maaf. Tidak berhenti disitu. Aku cari suami perempuan tu. Dan ceritakan semua perbuatan curang isteri dia.

Aku juga minta cerrai dari suami. Berkali kali aku tanya mereka pernah terlanjur atu tidak. Suami menafikan. Berbeza dengan perempuan tersebut. Dia mengaku pernah terlanjur dengan suami aku.

Aku serabut. Aku keceewa. Tergamak suami aku buat perbuatan terkutuk dengan isteri orang lagi. Dua minggu aku hilang arah. Hidup bagaikan myat hidup. 2 minggu tu jugak suami tak henti henti memujuk merayu. Suami bilang, perempuan itu yang menggoda dia. terkejar kejarkan dia .

Aku bingung. Aku kumpulkan kekuatan, hubungi suami perempuan itu. Aku ceritakan pada dia bahawa isteri dia yang mula mula menggoda suami ku.

Aku banyak luahkan perasaan ku pada suami perempuan itu. Tentu dia lebih memahami. Kerana kondisi kami sama. Dan akhirnya perempuan itu dicerraikan.

Aku hubungi perempuan itu. Aku tak pasti untuk apa, mungkin untuk curahkan rasa marah. Maki hamun dia secukupnya. Dia cukup bersalah, dan terima sahaja kata kataku. Dia hanya berulang ulang meminta maaf dan bilang bahawa dia sudah terima akibat dari perbuatan dia.

Sakit hati aku tak henti disitu. Hari hari aku hubungi dia untuk pastikan dia tak lagi contact suami aku. Aku juga masih contact dengan bekas suami perempuan tu.

Kami sama sama pergi ke tempat kerja suami ku dan berjumpa dengan ketua suamiku. ohh, mereka bekerja di satu tempat. Suamiku merupakan supervisor perempuan itu.

Menurut ketua suami ku, memang perempuan itu yang tergila gilakan suamiku. Kemana saja suami ku ada disitu pasti ada perempuan ku. Aku kasihankan suami perempuan itu. Kacak, lebih berduit dari suamiku dan jauh lebih muda. Apalah yang dipandang dengan suamiku itu.

Akhirnya, aku memilih untuk memberikan peluang kepada suamiku. Perit, tapi aku yakin suami hanya tersalah jalan. Ini ujian untuk aku. Untuk aku perbaiki diri ini.

Aku cuba menghubungi bekas suami perempuan itu. Tetapi dia mengelak dari aku. Dan dia kirim kan pesanan di whatsapp ku “Jangan percaya dengan suami akak. Dia dah bomohkan akak”. Bila aku cuba hubungi dia. Dia dah block no aku.

Aku yakin ini mesti rancangan perempuan tersebut. Dia cuba fitnah suami aku. Aku meminta untuk berjumpa dengan perempuan itu. tetapi dia tak nak berjumpa aku. Aku minta dia berterus terang. Dia cuma cakap,

‘Jangan telefon saya lagi. Saya dah tak ada hubungan dengan suami akak. Saya mintak ampun dengan akak atas dosa yang saya buat tapi akak kena tahu suami akak bukan orang yang baik. Saya balik kampung berubat. Saya dah terkena sihir pengasih.

Kalau akak rasa saya buat cerita, akak boleh kenangkan balik kejadian kejadian yang pelik dengan suami akak. Saya pernah bersama dia tempoh yang sekejap tapi saya boleh relate semua’. Begitu saja dia matikan panggilan dan block aku.

Aku menggigil. Seram sejuk. Tak mungkin suami aku begitu. Pasti perempuan tu buat cerita supaya suami aku nampak jahat.

Tapi satu persatu peristiwa pelik muncul dalam ingatan aku. Suami pernah kehilangan motor dirumah. Selang 2 minggu motor suami kembali di hadapan rumah. No plate juga sudah dicabut.

Aku masih pelik bila memikirkan kejadian ini. Suami pernah bergaduh dengan seorang samseng namun bila suami merenung wajah samseng tersebut dia terus lari ketakutan.

Banyak lagi peristiwa aneh, sepertinya suami ada aura buat orang tunduk kan dia. Aku tak pasti, tapi aku takut kalau kalau kata kata perempuan tu ada benarnya.

Sampai sekarang aku tak boleh berhenti berfikir. Tapi aku terlalu takut untuk tahu kebenarannya. Aku tak sanggup kehilangan suami. Aku terlalu sayangkan suami. Tapi pada masa yang sama aku tak sanggup kalau hidup aku penuh tipu dusta.

Sampai disini saja luahan hati aku. Mungkin ada kata kata semangat daripada pembaca atau dorongan yang boleh aku cuba. Terima kasih. Maafkan aku kalau jalan penceritaan aku beterabur dan agak sukar difahami.

Reaksi Warganet

LiaJane San –

Bertahan je la sampai satu hari nanti kau dijangkiti penyakit kelamiin ataupun setan pelan pelan makan jiwa kau dari dalam.

Ye teruskan je sayang punya pasal kan biar la tak solat tak puasa pun nanti nak mati dia bertaubat la.

Nanti kau panjat la bumbung, bukak bumbung bila dia dah nazak. Kau kan sayang laki. Apa ada hal.

Skybuzzbizz Queen –

Puan, ikut la puan nak sayang ke hidup ke dengan si suami tu. Walaupun da tahu suami tu berziina sana sini ke sihir situ sana ke.

Yang penting puan dekatkan diri dengan Allah taala, jaga anak elok2l elok, didik dengan agama elok.

Kalau suami tukang sihir, puan jadilah tukang berubat, pasang la ruqqyah tu kuat kuat dalam rumah, puan solat, berdoa, mengaji dan belajar ilmu agama islam dalam dalam. Lepas tu puan test power kat suami puan.

Noor Izrain –

Dari bacaan saya, awak memang tak nak bercerrai sebab awak tersangat sayang pada suami awak.

Dan awak pun sanggup terima dia dengan apa yang dia da buat sehingga awak takut nak tau kebenarannya. Awak denial semua kejadian yang berlaku tanpa awak usaha sendiri.

Sebaliknya awak melepaskan geram dan mencari kesalahan orang lain. Jadi tak guna awak minta nasihat atau pandangan kat sini sedangkan awak tau apa yang awak nak sebenarnya..

Nurna NaFiz –

Saya rasa saya faham apa yang puan lalui. Puan bergantung dari sudut emosi dengan suami dan takut kehilangan. Jadi, segala keburukan suami puan akan justify untuk menangkan pihak suami puan.

Puan tutup mata pada kenyataan tentang keburukan dia. Semua sebab syg. Tak ada sesiap boleh paksa puan dalam hal ni.

Cuma tentang curang sehingga terlanjur, it takes two to tango. Puan tak boleh nafikan suami puan juga berhajat pada perempuan tersebut. Sebagai lelaki dia boleh ignore dan bertegas dari awal jika tidak suka. Bukan memberi alasan ‘tewas dengan godaan dia’.

Puan, suami puan bukan budak kecik. Jadi tak perlu pampered dia dengan menyalahkan orang lain seolah olah dia tak mampu buat keputusan atas perbuatan dia sendiri.

Memberi peluang kedua tak salah tapip puan perlu berhati-hati. Hati2 juga dgn obsession puan pd suami. Sy yakin suami isteri td tu dh rimas sbb tu dorg blok puan. Apapun kata-kata si suami isteri tu ttg suami puan x boleh diremehkan. Sebab apa? Sebab:

1) suami tak akan simply boleh terima apa jua alasan kecurangan isterinya kecuali dia yakin isterinya teraniaya (tu pn sgt berat utk mereka).

2) suami lebih kenal isterinya. Jadi dia tahu sikap sebenar isteri tu macam mana. Dia tahu isterinya berbohong atau dianiaya.

Saya yakin puan tahu perangai suami puan. Tapi masih justify perbuatan dia. Mungkin puan tak de kekuatan tu sekarang. Jadi pelan pelan bina kekuatan tu dan mintalah petunjuk dr Allah.

Just my two cents opinion yang tidak memahami isu puan secara sepenuhnya.

Sumber – Saturday (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment