Punca dan kejadian sebenar video rakaman guru belasah murid dalam kelas macam nak membunuh
YB Dato P.Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan
PER : Video Guru “Boxing” Pelajar bukan berlaku di Malaysia.
Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa satu video guru menumbuk pelajar bertubi – tubi tular di media sosial awal hari ini BUKAN berlaku di Malaysia. Portal berita tempatan Indonesia “WARTA KOTA” melaporkan Kejadian tersebut berlaku di daerah Warga Kota, Bogor dimana seorang individu yang dipercayai guru menumbuk pelajar bertubi – tubi dalam kelas.
Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius dan ingin mengingatkan semua pihak agar mengesahkan dahulu semua jenis maklumat yang diterima melalui media sosial.
Pautan berita "Warta Kota" : http://wartakota.tribunnews.com/2017/11/05/video-seperti-petarung-bebas-guru-pukul-siswa-smp-saat-belajar-di-kelas
Sekian
cc: Dato Seri Mahdzir Khalid, Datuk Sin Woon Chong, Kementerian Pendidikan Malaysia
SEORANG guru lelaki menghayunkan tangannya sekuat hati, berulang kali ke arah muka dan perut salah seorang anak murid lelaki yang sedang duduk di atas kerusi di dalam kelas.
SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Tindakan itu nampaknya bukan lagi sekadar untuk mengajar anak murid, tapi sudah seperti nak membunuh.
Apabila datang salah seorang murid lain cuba meredakan keadaan, murid berkenaan pula ditolak ke arah penjuru kelas di bahagian depan, dan dipukul di bahagian perut beberapa kali oleh guru terbabit menggunakan tangan.
Guru itu yang nampaknya masih belum berpuas hati, menyambung semula tindakannya memukul dan membelasah murid pertama tadi. Kali ini dia turut menghayunkan lututnya ke arah perut murid terbabit.
Apabila murid itu cuba menghindarkan diri dari guru yang bertindak ganas itu, dia ditarik kembali sebelum mukanya pula dihentak menggunakan lutut.
Apa yang dapat didengar, murid berkenaan hanya menyebut perkataan seperti, “tahu ustaz,tahu ustaz, tahu ustaz,” berulang kali. Mungkin guru tersebut juga merupakan seorang ustaz (betul ke ustaz? Suara tak berapa jelas).
Kejadian berkenaan berterusan, sebelum murid terbabit terus dipukul dan berlari keluar dari kelas melalui pintu depan bilik darjah. Guru berkenaan terus mengejarnya.
Rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh salah seorang murid di dalam kelas yang sama, menjadi viral di media sosial.
Di bawah ini video yang dimaksudkan.
0 comments:
Post a Comment