Memang Pedas!! "Kalau Gaji RM2,000 Tak Payah Mimpilah Nak Pakai Myvi 2018"


Myvi 2018 baru sahaja dilancarkan. Ramai yang memuji keluaran terbaru Perodua ini kerana rekabentuk yang lebih hebat dan feminin serta kemasan dalaman yang kelihatan kemas mempunyai pelbagai ciri-ciri terbaru membuat ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk memilikinya.

Berbeza dengan Tuan Harith Faisal,beliau mebuat satu perkongsian melalui laman Facebooknya yang mendapat jumlah perkongsian sebanyak 4,666.Perkongsian ini telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Beliau adalah seorang yang suka berkongsi tip-tip kewangan dan hartanah. Tetapi kali ini beliau telah mengeluarkan pendapat mengapa seseorang individu bergaji RM 2,000 tak patut atau tangguhkan dahulu membeli kereta Myvi 2018. Berikut nasihat daripada beliau.

GAJI RM2,000 TAK PATUT BELI MYVI 2018.

1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.



7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.

10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha. – HF



SHARE jika bermanfaat.

Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.

Jadi apa kata anda? Semoga bermanfaat.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment