Lapan lagi anggota Polis ditahan ketika sedang berseronok dengan GRO


SEJUMLAH 8 lagi anggota polis termasuk seorang pegawai kanan dan pemandu peribadi seorang ketua polis daerah dipindahkan selepas ditahan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) ketika sedang berhibur di sebuah premis hiburan awal bulan ini.

Enam lagi merupakan anggota berpangkat detektif di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik daerah Sungai Buloh yang dilaporkan akan dilucutkan pangkat dan dibatalkan elaun RM300 yang diterima setiap bulan.

Sumber pihak polis yang dipetik oleh MMO berkata, kesemua 8 anggota polis berkenaan yang berumur antara 26 dan 47 ditahan oleh pasukan JIPS dari Bukit Aman yang menyerbu premis Karaoke KTV di Damansara Intan pada 11 November jam 1.30 pagi.

crystal ktv damansara intan

"Pasukan itu bertindak berdasarkan risikan yang mendapati tujuh orang anggota polis bersama enam wanita dan seorang lelaki dalam sebuah bilik VIP."

"Seterusnya seorang pegawai berpangkat inspektor bertugas di unit jenayah komersial Sungai Buloh turut ditahan selepas ditemui di dalam premis hiburan berkenaan,"

Kesemua 8 anggota polis berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat polis Petaling Jaya. Ujian air kencing yang dijalankan keatas mereka didapati negatif dadah.

"Anggota polis berkenaan akan disiasat kerana salahlaku melanggar arahan Ketua Polis Negara yang melarang semua anggota polis melawat premis-premis hiburan,"

"Perintah tetap KPN dalam peraturan polis berkenaan lawatan dan urusan kerja di premis-premis hiburan telah dikuatkuasa sejak April 2014 dan sering diingatkan kepada semua kakitangan polis tanpa mengira pangkat," kata sumber berkenaan.

Pada hari Khamis, satu arahan perpindahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman bagi pemindahan segera lapan anggota polis berkenaan juga pelucutan pangkat detektif oleh Ketua Polis Selangor.

Arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Polis Persekutuan yang telah ditandatangani oleh timbalan pengarah urusan Bukit Aman (perkhidmatan dan penempatan) Datuk Zainal Abu, berkuat kuasa serta-merta dan kesemua 8 anggota polis berkenaan diarah untuk melapor diri kepada unit baru dalam masa 10 hingga 14 hari.

Sumber itu turut memberitahu, arahan segera itu mengarahkan mereka untuk melapor diri dalam tugas baru bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan juga bahagian Jabatan Logistik dan Pengangkutan seluruh negara.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/lapan-lagi-anggota-polis-ditahan-ketika.html#ixzz4yw18EVa4
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment