INFO PENTING!! CARA@BAGAIMANA MUDAH UNTUK HENTIKAN KETAGIHAN BERONANI..



INFO PENTING!! CARA@BAGAIMANA  MUDAH UNTUK HENTIKAN KETAGIHAN BERONANI.. | Melancap atau Onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari kepada sipelaku baik lelaki mahupun perempuan jika aktiviti tidak sihat ini dilakukan tanpa kawalan


Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kelakuan seperti ini, ianya sukar diberhentikan meskipun pada satu tahap mereka berjanji pada diri tidak mahu melancap lagi


Baca Juga: Kencing Bercabang Tanda Awal Lemah Syahwat?


Tetapi, apabila didorong oleh kehendak nafsu yang kuat mereka akan mengulangi semula


Sebenarnya melancap ini ada kebaikan, keburukannya dan perkara ini terpulang kepada individu masing-masing


Ini kerana jika tabiat onani digunakan untuk cara betul seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu syahwat yang tinggi ia masih dianggap normal malah dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian


Namun jika tabiat ini dilakukan atas keseronokkan semata-mata ia akan memberikan kesan negatif pada diri


CARA BERHENTI MELANCAP


Berikut penulis sertakan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada meneruskan tabiat melancap atau onani


1. SEDARKAN DIRI


Sedarkan diri anda bahawa perkara yang anda lakukan ini adalah salah dan boleh mendatangkan kesan negatif


Mungkin dengan membaca bahan bacaan yang menerangkan keburukan melancap ia akan menyedarkan anda


Bagaimanapun jangan letakkan diri penuh penyesalan kerana ia mungkin memberi gangguan kepada jiwa


Sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi buang yang keruh ambil yang jernih


2. PUNCA RANSANGAN NAFSU


Jika rangsangan untuk anda melakukan perkara tersebut datangnya dari internet tutup komputer atau peranti serta merta dan berbanyakkan istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain


Bagi pasangan bercinta elakkan daripada bercakap perkara yang mendatangkan kearah yang menaikkan syahwat


3. JANGAN MENYENDIRI


Kebiasaannya mereka yang kerap beronani ini lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang sekeliling


Jika berterusan begini hasrat untuk hentikan tabiat tersebut sukar direalisasikan


Banyakkan bergaul dan cari kawan dengan cara ini ia akan membantu anda keluar dari kepompong kehidupan kesunyian anda


4. SIBUKKAN DIRI


Banyakkan aktiviti yang memanfaat diluar kerana ia akan membantu mencapai hasrat untuk berhenti daripada tabiat tersebut


5. SENAMAN


Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan


Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara


Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk


6. SEKS BUKAN SEGALA-GALANYA


Selalunya mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas


Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah


Ketika itulah anda akan rasa menyesal


Anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan


Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku!


7. JANGAN FIKIRKAN SEKS SEBELUM TIDUR


Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda


Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain


8. BERPUASA


Ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin


Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik


Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu


9. TETAPKAN MATLAMAT


Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut


Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya


Sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita alpa


Sebagai kesimpulannya, jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda


Lawan dan segera mengawalnya sebelum perkara ini akan mendatangkan lebih keburukan pada kehidupan anda di kemudian hari.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment