NASIBLE - (Kisah Sebenar Terjadi Pada Ayu)Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati.





Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang 

wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi 

laman sosial Tagged. Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja 

malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan 

diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira 

RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan. “Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, 

tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya 

sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya. Dia sepatutnya berjumpa keluarga 

saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang 

menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, selepas putus tunang tujuh 

tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas 

mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment