Amelina Dulu VS Kini Lain Macam Je.. Cu Tengok Apa Yang Dibuatnya?





Admin yakin bukan satu keputusan yang mudah untuk Amelina kembali menyanyi semula. Iyerlah, industri sekarang jauh berbeza dengan dulu. Silap jalan, boleh jatuh tersungkur. Namun demi anak-anak, segala dugaan pasti sanggup Amelina harungi. Walaupun ada segelintir artis yang kurang senang dengan ‘comeback’nya, Amelina tidak mempedulikan kata-kata itu. Kata Amelina:-


Memang pada mulanya saya sedih sebab saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja. Saya bukannya kembali untuk rebut takhta ‘Ratu Dangdut’. Kalau dapat bonus kerana gelaran itu, saya sanggup buat apa saja untuk merebutnya.



Niat yang suci pastinya akan dipermudahkan. Tak sabar nak menunggu lagu terbaru Amelina. Diharap jangan lama sangat proses pembikinannya. Takut keterujaan peminat hilang. Lagi cepat lagi bagus. Promosi pun boleh jalan cepat. Tak gitu? Semoga berjaya diucapkan kepada Amelina. Sumber Berita Harian.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment