Datuk Siti Nurhaliza Dengan Baby Bump Menyerlah Nampak (5 Gambar)






Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana kini telah disahkan mengandung. Walaupun beliau tidak menafikan gosip kehamilannya tempoh hari, namun berita gembira ini telah tersebar dengan pantas lagi-lagi sumber terdekat telah mengiyakan bahawa beliau kini mengandung dan kandungannya berusia 2 bulan.

Mungkin ada sebab kenapa Siti tidak mahu mengumumkan berita gembira ini namun apa yang penting marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan bakal ibu dan anaknya ini sentiasa sihat.

Dipetik sumber terdekat berkata


Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini.

Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua. Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan.















Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment