Kisah Benar Teman Wanita Mula-Mula Ajak Ringan-Ringan Hingga....

                                                     Gambar Hiasan


SAYA penuntut universiti. Pada zaman persekolahan dulu saya kuat berpegang kepada agama tapi selepas memasuki alam universiti, saya mengalami kejutan budaya yang menyebabkan saya jadi alpa serta mempunyai ramai teman wanita.

Pada awalnya saya hanya mahu hubungan biasa tetapi teman wanita mengajak saya melakukan ‘ringan ringan’. Selepas itu kami menjadi semakin berani dan sentiasa melakukan perkara terkutuk itu. Akhirnya, kami terlanjur dan kami menjadi ketagih dan kerap melakukannya apabila bersama.

Namun pada satu hari, saya mendengar ceramah seorang ustaz. Saya terus terkenang dosa yang saya lakukan selama ini. Saya berasa sungguh menyesal kerana hidup saya bergelumang dengan dosa.

Saya cuba kembali ke pangkal jalan tapi teman wanita selalu menggoda dan mengajak saya melakukan perkara terkutuk itu. Saya sukar menahan nafsu. Tolonglah saya Dang Setia.

NASIHAT

Situasi dialami saudara sebenarnya sekadar membuktikan keimanan kita kepada Allah SWT tidak statik, sebaliknya ia boleh berubah-ubah dan ada pasang surutnya.

Bila kita menunaikan segala suruhan Allah sama ada yang wajib atau yang sunat, bertambah subur dan teguh iman kita, sebaliknya jika kita ingkar suruhan Allah dan melakukan tegahan-Nya, semakin nipis iman kita sebelum ia beransur-ansur hilang.

Oleh itu, subur dan teguhkan kembali iman saudara. Caranya ialah dengan menunaikan segala suruhan Allah, sama ada yang wajib atau yang sunat, dan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang-Nya.

Ini bermakna saudara perlu muhasabah atau menilai semula amal ibadat saudara selama ini. Adakah solat lima waktu yang wajib itu saudara laksanakan? Jika dilaksanakan, semak pula adakah ia sempurna atau ada cacat cela? Jika kita mengabaikan solat, pasti sukar untuk melawan godaan nafsu dan menjauhi maksiat kerana Allah SWT menyatakan, sesungguhnya solat itu mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Bagaimana pula dengan amalan sunat seperti zikir dan pelbagai jenis solat serta puasa sunat? Jika ia jarang atau sudah lama tidak saudara lakukan, mulai hari ini lakukan semua amalan itu kerana ia penting untuk menyucikan hati kita dan meneguhkan iman.

Sesungguhnya hanya iman yang teguh mampu menjadi perisai paling ampuh untuk kita menangkis pelbagai godaan nafsu serta syaitan yang maha hebat di sekeliling kita pada setiap masa.

Seterusnya, lakukan pula usaha untuk meninggalkan segala perbuatan yang dilarang Allah SWT dan dalam hal ini, satu perkara yang ingin Dang Setia ialah mengenai hubungan dengan teman wanita saudara.

Jika sudah tahu teman wanita selalu menggoda dan mengajak melakukan maksiat, dia wajib saudara jauhi. Selagi saudara menjalin hubungan dan berjumpa dengannya, selagi itu saudara akan terdorong dan sukar kembali ke pangkal jalan.

Jangan bertindak mengikut nafsu. Memang benar zina itu nikmat tapi nikmatnya hanya sementara, sedangkan azab dan seksanya sungguh pedih dan berkekalan selagi kita tidak mendapat keampunan Allah SWT.

*. Biasanya lelaki yang menggoda perempuan kan? Pada pendapat aku, lelaki ini masih terbuka hati nak bertaubat. Alhamdulillah. Terfikir juga dia pasal benda ini. Aku rasa kebanyakkan lelaki kalau sudah diberi ”lampu hijau” dan siap diajak berbuat tuuuuuttt lagi oleh awek dia itu, memang tak ingat dunia dah.hmm. Senang kata, setiap perkara tak kiralah maksiat, khianat, syirik dan bermacam lagi perkara negatif dapat dielakkan bila hati kita mempunyai perisai yang kukuh iaitu perisai IMAN.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment