Bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mei ini bersama David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie, Lana Nodin, Lana Nodin mengakui berhasrat untuk mahu mencuba nasib di dalam bidang lakonan di Hollywood.
Menurut Lana, secara kebetulan bakal suaminya itu mempunyai kenalan yang bekerja sebagai ejen dalam bidang perfileman dan ingin mengambil peluang itu untuk mencuba nasib di sana selepas melangsungkan perkahwinan nanti.
“Insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar saya ingin mengembangkan karier lakonan di Amerika malah David juga ada memberitahu dia mempunyai kenalan dalam bidang tersebut. Alang-alang sudah ke sana apa salahnya saya mencuba nasib untuk membina nama di negara orang,” katanya kepada mStar Online.
Pasangan berkenaan akan disatukan sebagai suami-isteri dalam satu majlis yang akan diadakan di Hotel Istana selepas lelaki berusia 35 tahun itu melamar Lana ketika mereka bercuti di New York pada 3 Januari lalu.
Apapun, jom saksikan di bahagian paling bawah gambar fesyen terlampau nipis busana Lana Nordin di karpet merah ABPBH 2014.
Lagi 8 foto pakaian terlampau nipis Lana Nordin.
0 comments:
Post a Comment