Kini Terbongkar Sudah, 2 Foto Kekasih Baru Erra Fazira Yang Amat Kacak Tersebar?










Setelah Erra Fazira membuat pengakuan hatinya sudah dimiliki, nama bekas peserta AF kembali dikaitkan sebagai jejaka bertuah yang berjaya mencuri cinta pelakon jelita tersebut.


Sebelum ini, Shahir AF pernah membuat pengakuan sedang berkawan dengan Erra Fazira, namun tiada sebarang kenyataan tentang percintaan dikeluarkan oleh kedua-duanya.


Kini nama mereka berdua kembali dikaitkan, namun sekali lagi Erra Fazira enggan memberi sebarang ulasan tentang desas-desus tersebut.


Mungkin tidak mahu percintaan gagal di tengah jalan, Erra Fazira tetap berahsia tentang identiti lelaki yang kini bergelar kekasihnya itu. Yang penting lelaki tersebut bukanlah ahli perniagaan seperti yang digembar-gemburkan. Kata Erra:-


"Yang pasti memang saya berkawan dengan seseorang. Mengenai Shahir, saya tak pernah mengiyakan atau menidakkan. Malah tak ada istilah berpatah balik kawan dengan Shahir semula. Hakikatnya saya masih berkawan dengan insan yang saa. Cuma orangnya rahsia.

Status sekarang kami saling mengenali. Siapa orangnya biarlah rahsiakan dulu sebab kami setakat berkawan buat masa ini. Sebelum ini kecoh orang kata saya rapat dengan ahli perniagaan tapi gosip itu tak betullah.

Tiada ahli perniagaan yang intim dalam hidup saya seakrang. Saya tak kenal pun dengan mana-mana ahli perniagaan seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini. Rasa tak seronok apabila cerita bukan-bukan yang keluar sedangkan lelaki yang sebenar adalah orang lain."




Kalau betul lelaki ‘kawan’ tersebut adalah Shahir pun apa salahnya kan? Shahir pun hensem, muda dan memang sedap mata memandang. Sesuai la dengan Erra Fazira yang masih gorgeous.


Satu hari nanti pasti identiti lelaki tersebut akan terbongkar jua. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu sahaja.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment