PETALING JAYA – Seorang wanita yang mempunyai empat anak menemui ajal di tangan suami sendiri yang bertindak mendera dengan memijak dan menikam pisau di tubuh mangsa dalam satu kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Lot 18, Kampung Petaling Bahagia, Puchong dekat sini malam kelmarin.
Tragedi menyayat hati itu menimpa Nur Hidayah A. Ghani, 28, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati si suami apabila isterinya itu mahu menuntut cerai.
Bagaimanapun pada malam kejadian, suspek bertindak membawa isterinya yang cedera parah itu untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada kira-kira pukul 1 pagi tetapi mangsa mati dalam perjalanan.
Difahamkan, rumah tangga pasangan tersebut kerap bergolak berpunca daripada sikap panas baran dan kaki pukul si suami sejak mereka mendirikan rumah tangga kira-kira 11 tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment