PANAS - BAPA MENYELAMATKAN ANAK PEREMPUANNYA DARI JADI PELACUR..
MELAKA - Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.
Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.
Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.
Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah. Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak perempuannya.
Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.
Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.
Kini kanak-kanak tersebut di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apa yang si ayah mahukan adalah anaknya tahu betapa dia sangat menyayangi anaknya itu dan memberitahu kepadanya mengapa dia berbuat demikian.
“Saya juga mahu memberitahu dia supaya tidak terlibat dengan dadah. Saya telah memberitahunya beberapa kali sebelum ini supaya tidak berkawan dengan penjahat,” katanya dalam nada suara tersekat-sekat sambil menambah dia tidak dapat tidur sejak lena sejak insiden tersebut terjadi.
“Saya tidak percaya perkara sebegini berlaku. Saya masih dalam keadaan trauma.
“Anak perempuan saya memberitahu dia diberi dadah dan menerima RM20 bagi setiap khidmat seks daripada teman lelakinya,yang membawanya ke hotel,” katanya.
“Saya kecewa dan berasa malu apabila melihat anak perempuan saya apabila diberitahu oleh salah seorang jiran bahawa dia bersama beberapa remaja lain terlibat dengan sindiket pelacuran di kawasan ini.”
Ditanya bagaimana isterinya mengendalikan situasi dalam kes tersebut, dia berkata ibunya sangat kecewa dan enggan bercakap mengenai apa yang dialaminya.
Si ayah berkata insiden tersebut berlaku pada 26 Julai dan ia merupakan kali ketiga anak perempuannya melarikan diri daripada rumah.
“Hati saya remuk-redam ketika menerima berita daripada individu yang tidak dikenali bahawa anak saya sedang menunggu pelanggan di sebuah rumah di Taman Peringgit. Dia merupakan anak kesayangan saya. Saya sangat menyayanginya dan saya tidak pernah meninggikan suara atau mengangkat tangan atas kenakalannya,” katanya.
Bapa kepada empat orang anak yang berusia 46 tahun itu berkata anak perempuannya itu mencatatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran, sukan dan telah memenangi beberapa pertandingan hinggalah dia berkawan dengan budak-budak nakal selepas dia menduduki UPSR.
Ahli perniagaan itu berkata dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan anak kesayangannya itu, yang telah melarikan diri daripada rumah pertama kali bersama-sama dengan teman lelakinya yang berusia 26 tahun pada Oktober tahun lepas selepas mereka meraikan kejayaannya mencatatkan keputusan 3A dalam UPSR.
Polis berjaya menjejaki mangsa, bapanya membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatannya ke atasnya mendapati dia telah dirogol.
Dia melarikan diri dengan teman lelakinya dan ditemui selepas beberapa jam.
Kali ini pasangan itu melarikan diri ke Ampang, Kuala Lumpur.
Keluarga mangsa cuba mencari anak mereka dan dia mengetahui mengenai perkhidmatan seks yang ditawarkan oleh teman lelaki anaknya dengan butiran anak perempuannya dipaparkan di akaun Facebook milik anaknya.
Dia berkata anaknya berjaya di bawa pulang bersama beberapa rakan yang lain, namun teman lelaki anaknya itu berjaya melarikan diri.
Kali ketiga anaknya melarikan diri ialah Jun lalu dan kali ini seorang tuan rumah wanita menghubungi ayahnya.
Sementara itu, polis Melaka telah melancarkan usaha memburu suspek lelaki berusia 26 tahun, yang menjadi orang tengah membekalkan gadis tersebut kepada sembilan orang lelaki.
Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Kanan, Datuk Chuah Ghee Lye berkata seorang pelanggan berusia 36 tahun juga telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu atas kesalahan melakukan seks dengan kanak-kanak. Polis kini memburu lapan lagi individu yang melanggan kanak-kanak berkenaan.
0 comments:
Post a Comment