Remaja hamil gara-gara cinta lelaki berusia 41 tahun..
KULIM – Gara-gara bercinta dengan lelaki berusia 41 tahun dan sudah berumah tangga, seorang remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah membuat laporan polis kerana mendapati dia hamil.
Menurut mangsa, dia berkedudukan dengan suspek sejak beberapa bulan di rumah kedai di sebuah taman perumahan di sini dan apabila mendapati dirinya hamil, mangsa mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibunya di Perak.
Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian menimpa terhadap anaknya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.
Dalam keterangan dibuat mangsa, dia membuat laporan polis supaya suspek tidak bersikap lepas tangan dan mahu lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini banyak kes rogol berlaku dan jumlah mereka terlibat semakin meningkat.
Menurutnya, dari laporan dibuat, kebanyakan mangsa terlibat terdiri dari remaja perempuan bawah umur dan tidak berpendidikan.
“Selain itu faktor kehidupan harian juga memainkan peranan. Kebanyakan mangsa terlibat datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Dalam kes ini, ibu mangsa sebelum ini menikahi seorang lelaki warga asing bagaimanapun setelah tamat tempoh bekerja di negara ini, suaminya meninggalkan mangsa bersama ibunya.
“Apabila berlaku permasalahan keluarga, anak akan mengambil jalan singkat dan mula bergaul bebas. Dalam usia muda mereka mudah terjebak dalam pelbagai kegiatan sosial,” katanya.
Katanya, polis memandang serius terhadap permasalahan ini dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol walaupun kekasihnya itu membenarkannya.
0 comments:
Post a Comment